Rasanya ramai yang sudah sedia maklum sebelum ini pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Nur Shahida telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama, Ameena.

Baru-baru ini Aliff dan isteri telah mengambil seorang lagi anak angkat lelaki yang diberi nama, Qayyum Aliffshah.

Tak dapat dinafikan kedua-dua anak angkat Aliff ini sering mendapat perhatian daripada netizen kerana kecomelan mereka dan ada juga seronok melihat cara Aliff dan isteri menjaga anak-anak kecil ini dengan penuh kasih sayang.

Terdahulu MH pernah terlihat video Qayyum menerusi akaun Instagram Baby Terlajak Laris yang sedang menangis sehingga Aliff dan Shahida juga turut buntu memikirkan kenapa dia sering menangis.

IKLAN

Penangisan sgt baby ni..

A post shared by Babyterlajaklaris (@babyterlajaklaris) on

Semalam sedang MH meninjau-ninjau di Instagram, ternampak pula satu perkongsian daripada Shahida yang menjelaskan kenapa Qayyum sering menangis.

IKLAN

Katanya dalam video yang dikongsi itu, selepas mencukur rambut Qayyum dia perasan ada satu benjolan lembik di kepala anak angkatnya itu dan menurut Shahida benjolan itu adalah darah beku.

“Ramai nak tahu kenapa qayyum selalu menangis terutama waktu malam…sebenarnya saya pun x perasan di kepala dia ada satu bonjolan lembik mcm berisi air..lepas cukur baru perasan…

 

“Sebenarnya benjolan tu adalah darah beku di kepala yg berlaku kepada bayi2 yg tersangkut lama di pintu rahim…biasanya ibu2 yg melahirkan anak sulung kerap terjadi sbb x tahu nak teran..bonjolan tu biasanya akan berdenyut terutama waktu malam sbb tu qayyum akan nangis…mula2 risau tapi doktor cakap dia akan sembuh cuma ambik masa sbb darah tu akan turun dan menjadikan bilirubin meningkat dan seterusnya kuning dia akan menjadi kuat….so pastikan dia kerap susu dan kerap berak dan cek darah dia 2 hari sekali utk pastikan bilirubin dia semakin menurun…..

 

“ALHAMDULILLAH dr cakap benda ni tidak serius dan perlu sedikit perhatian dr parents..,” tulis Shahida.

IKLAN

MH doakan agar Qayyum segera sembuh dan sihat sepenuhnya. Tak sampai hati MH bila melihat anak kecil ini menangis.

Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan Aliff dan isteri untuk membesarkan anak-anak mereka.

Sumber: Instagram Nur Shahida & Baby Terlajak Laris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI