Baru sahaja dilahirkan, anak Nora Danish, Neqayl Nedim sudah ada akaun Instagram? Bagaimanapun, MH difahamkan bahawa akaun tersebut adalah palsu.

Suami Nora, Nedim Nazri memberikan kenyataan IG Storynya mendakwa bahawa dia tidak pernah membuka apa-apa laman media sosial khusus untuk anaknya itu.

“Salam semua, terima kasih atas doa-doa kalian. Alhamdulillah Ney Ney sihat dan sempurna. Cuma nak bagitahu yang anak saya tiada akaun instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Terima kasih dan kami sayangkan anda semua,” tulisnya.

‘Anak Saya Tiada Akaun Sosial Media’- Nedim Jelaskan Tentang Akaun Instagram Baby NeyNey

IKLAN

Dalam pada itu, Nedim turut berkongsi foto akaun tersebut serta menulis kapsyen besar, ‘Akaun palsu anak saya’.

‘Anak Saya Tiada Akaun Sosial Media’- Nedim Jelaskan Tentang Akaun Instagram Baby NeyNey

IKLAN

Kalau dilihat melalui gambar-gambar di dalam akaun palsu tersebut, ia diambil melalui perkongsian Nedim, Nora dan rakan-rakan artis yang datang melawat mereka.

IKLAN

Pada MH, orang sekarang akan buat apa sahaja oleh itu mungkin Nedim dan keluarga selepas ini boleh berhati-hati apabila berkongsi foto di media sosial.

sumber: IG Nedim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI