Kelmarin merupakan ulang tahun keempat perkahwinan pelakon dan penyanyi lelaki, Izzue Islam bersama isterinya, Awin Nurin.

Izzue telah berkongsi di akaun instagramnya sekeping foto perkahwinan mereka berserta ucapan ulangtahun perkahwinan kepada isterinya di ruangan kapsyen.

“Ya ALLAH, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.

 

Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya ALLAH, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.

 

Ya ALLAH, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya ALLAH, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu.
Aminn.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga.
Aminn Ya ALLAH.
Terima Kasih Semua.

 

#izzueislam #awinnurin #iian” tulis kapsyennya.

Anak: Izzue Islam Rancang Rujuk Pakar

IKLAN

Empat tahun berkahwin namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperoleh cahaya mata dan doa mereka agar ulangtahun kelima mereka dapat disambut bersama kehadiran seorang anak.

Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam mazlan, 27, yang pernah ditanya oleh Media Hiburan sebelum ini berkata, tiada siapa yang tidak mahukan anak namun dia percaya bahawa itu semua adalah ketentuan dan perancangan yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa kepada dia dan isteri.

IKLAN

Namun mereka akan sentiasa berusaha.

IKLAN

“Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan ALLAH. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.

 

“Insya-ALLAH, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,” jelas Izzue kepada MStar pula baru-baru ini.
Izzue juga berkata lagi bahawa dia bahagia menjalani kehidupan dalam rumah tangga yang telah dibina selama empat tahun ini.
“Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baru sahaja kami disatukan.”
Semoga Izzue dan isterinya dikurnikan rezeki cahaya mata tidak lama lagi, Insya-ALLAH. Kami di MH Online juga turut mendoakan agar impian mereka berdua dimakbulkan.Anak: Izzue Islam Rancang Rujuk Pakar

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI