Instagram umpama diari bergambar,hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri kan?

Namun, kini sudah menjadi trend bagi selebriti untuk membuka akaun media sosial anak mereka, tetapi apa yang lebih hebat lagi pasangan yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Pasangan itu sudah membuka akaun Instagram untuk anaknya yang masih dalam perut yang bakal lahir pada Oktober ini.

Akaun itu menggunakan nama pengguna @amyramarjr dan diletak dalam mod peribadi dan nampaknya ia sudah mempunyai 30 gambar.

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

Walau begitu, ia sudah mempunyai lebih 15, 300 pengikut. Bayangkan jika anak itu sudah lahir nanti, pasti mencanak-canak jumlah pengikutnya!

Pastinya pengikut di Instagram anak Amyra dan Amar tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi itu bukan. Namun seperti biasalah pasti ada yang tidak senang dengan perkara tersebut, mana mungkin bayi yang belum lahir sudah ada Instagram kan?

Disebabkan itu, akaun anak pasangan ini turut menjadi bualan netizen yang sebenarnya tidak begitu positif di Twitter.

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

IKLAN

Apapun semoga perjalanan Amyra melahirkan bayi sulung mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tidak sabar juga ingin melihat wajah bayi comel sulung mereka di Instagram nanti.

Antara selebriti yang telah membuka akaun media sosial anak mereka ialah:

1. Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ( Lara Alana) 2.9 M

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

2. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ( syerivsamheizy) 159 K

IKLAN

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

3. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ( syaikhulislam2017 ) 94.4 K

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

4. Hairul Azrin dan Hanis Zalikha ( theyusufiskandar ) 1.7 M

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

IKLAN

5. Dato Aliff Syukri dan Shahida ( babyterlajaklaris ) 42.5 K

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

6. Zain Saidin dan Che Ta ( aaisyahdhiarana111 ) 613 K

Anak Amyra, Amar Baru Dalam Perut Sudah Ada 15 Ribu Pengikut

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI