Select Page
  • 5.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5.7K
    Shares

Kasihan MH pada Lana Nordin, tak pasal-pasal anak keciknya Gia pula menjadi bahan kutukan netizen.

Semua ini gara-gara seorang lelaki yang meninggalkan komen yang tidak baik terhadap anak Lana Nordin.

Walaubagaimanapun komen tersebut telah dipadam dan tidak dapat dikesan.

Namun melalui komen balas daripada Lana Nordin, MH dapati kemungkinan besar lelaki tersebut ada menyentuh soal bentuk hidung anak Lana yang agak berbeza dengan hidungnya.

Malah, MH tidak menolak kemungkinan besar lelaki tersebut ada menuduh kononnya dia membuat hidung kerana dalam komen tersebut Lana ada menyentuh soal botox dan sebagainya.

Lana turut kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu ini dan berkata mereka hanya akan memahami situasinya jika suatu hari individu terbabit punyai anak sendiri.

Lana yang berang dengan tuduhan botox meminta lelaki ini memahami terlebih dahulu apakah itu botox sebelum menuduh seseorang tanpa usul periksa.

Aduh kasihan sungguh, tak pasal-pasal baby Gia yang menjadi mangsa kutukan netizen yang tidak bertanggungjawab.

 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: