Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selain cukup dikenali peminat di pentas nyanyian, nama Amy Mastura juga menjadi perhatian dalam bidang lakonan.

Watak ceria Amy Mastura Suhaimi tidak pernah berubah. Sekali gus, faktor ini membuatkan peminatnya kekal setia dan tidak berubah hati meskipun ramai artis baru menghiasi dunia industri seni tempatan.

Terbaru, drama yang menjadi sebutan, Mencintaimu Mr Photographer adaptasi dari novel arahan Eyra Rahman menampilkan Amy dalam watak yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Melakonkan watak antagonis, Datin Laila yang boleh dikatakan watak yang agak ganas dalam cerita tersebut.

“Sebelum ini saya banyak tampil dengan watak komedi ringan dan buat pertama kalinya jadi garang, wanita bermasalah dan mungkin dibenci ramai,” katanya.

Menurut Amy, bukan mudah untuknya membawakan watak sebegitu kerana realitinya dia berjiwa ceria.

“Kalau ikutkan perangai saya tak sama langsung dengan Datin Laila. Mulanya saya tercari-cari juga rentak.

 

“Syukur saya dapat bantuan semua pihak dan akhirnya berjaya buat apa yang dikehendaki pengarah,” katanya yang sebelum ini tampil dengan drama Jejak Karmila.

Tambah Amy, dia tiada apa yang nak dikejar. Sama ada tawaran menyanyi atau berlakon, kedua-duanya dia terima sekiranya ada.

Mengulas karier nyanyian, Amy memberitahu masih mengadakan persembahan sekiranya ada undangan.

Sumber : Harian Metro

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "