Select Page
  • 104
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    104
    Shares

Seperti yang kita tahu pada hujung tahun lalu, 31 Disember 2017 penyanyi dan juara Akademi Fantasia AF7 telah pun menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

BACA: 

Tahniah, Hafiz Suip Kini Bergelar Bapa!

Gembira dan teruja, ramai tertunggu-tunggu apakah nama anak lelaki yang bekal diberi.

Baru-baru ini, Hafiz ada memuat naik sijil kelahiran anaknya dan menunjukan dengan jelas apakah nama sebenarnya.

Alhamdulillah ini lah nama yang diberi..

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

 

Sering menggunakan initial RZ apabila memuat naik gambar bersama anak, akhirnya Hafiz memberitahu nama anaknya itu adalah Muhammad Riyadh Zafri Bin Mohd Hafiz.

Jika kita lihat maksud nama-nama Islam, Riyadh membawa maksud “taman yang subur makmur” manakala Zafri “kemenanganku”. Wow sedap betul namanya bukan?

Seperti biasa ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji nama bayi Hafiz dan pasangannya Effy.

Apapun MH doakan yang terbaik buat mereka berdua dan semoga anak lelaki mereka ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh!

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: