Penyanyi remaja yang baru sahaja dicatatkan namanya menerusi Malaysia’s Book of Record atas kejayaan single, Ku Rela Dibenci, Aiman Tino mengakui sepanjang bergelar selebriti, dia turut tidak terlepas daripada menerima direct message (dm) daripada peminat fantik menerusi Instagram.

Katanya kepada MH, situasi berkenaan adalah normal pada masa sekarang. Bukan hanya terjadi pada artis, tetapi juga kepada kebanyakan pengguna media sosial.

“Kalau nak diikutkan, ramai jugalah yang dm saya. Bagaimanapun, saya jarang sangat untuk buka dm tersebut. Adalah juga ketikanya saya layan, terutamanya peminat yang terdiri daripada budak-budak sekolah. Sebab mereka tanya soalan pun straight forward dan saya senang untuk balas. Misalnya mereka terus tanya nombor telefon saya dan sebagainya. Tapi saya cuba jawab dengan cara baik. Setakat ini semua okay sahaja,” katanya jujur.

Ditanya sama ada penyanyi berusia 19 tahun ini pernah menerima mesej berbaur lucah, Aiman tidak menafikan pernah menerimanya, tetapi dia mengambil pendirian untuk tidak melayan langsung.

IKLAN

Amboi… Aiman Tino Layan DM Peminat Mana Tu?

IKLAN

“Saya tak layan sebab bagi saya mereka yang buat hal macam ni seperti tidak waras, kongsi Aiman yang turut mengakui sudah menanam impian untuk mengumpul aset hasil dari sumber rezekinya dalam seni.

 

“Adalah juga tengok-tengok rumah di Shah Alam. Tak beli lagi, cuma tengah cari mana yang terbaik. Bukan untuk saya, tetapi rumah buat keluarga. Perancangan ini pun adalah untuk keluarga, diri-sendiri jatuh nombor dua. Kita lahir daripada mereka jadi tiada salahnya bila kita sudah ada sedikit rezeki, kita kongsi bersama dan inilah antara cara saya untuk balas balik jasa orang tua,” jelas Aiman optimis.

Dalam perkembangan lain, Aiman sudah pun merancang untuk melancarkan single terkininya dalam masa terdekat selain mempromiskan lagu duet bersama kakaknya, Fara Hazel berjudul Terasa Cinta.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI