PETALING JAYA 07 January 2015. Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 2015, Alyah. NSTP/ Farha Salwa Abdullah.

Kalau diimbau kembali kenangan raya tentu ada satu atau dua kenangan yang tidak dapat kita lupakan sehingga hari ini.

Bagi penyanyi, Datin Alyah pula ada dua kenangan insiden tragis yang tidak dapat dia lupakan sehingga kini.

“Saya ada dua kisah yang saya tidak boleh lupa sampailah sekarang. Pertama, ia berlaku pada akhir Ramadan. Ketika itu usia saya lebih kurang lapan tahun.

 

“Masa tu saya asyik tengok abang cukur misai dan janggutnya. Bunyinya macam best. Jadi bila dia dah selesai bercukur sebab esoknya nak raya, jadi saya senyap-senyap ambil pencukur abang lalu saya cukur sideburn saya!

 

“Mungkin sebab masa cukur tu tengah syok sampai separuh jugalah sideburn saya hilang. Bila dah tersedar, saya menangis sebab nampak buruk sangat. Nak pula masatu abang-abang gelakkan saya. Terus merajuk tak mahu raya.

 

“Sudahnya, kakak saya belikan skarf yang besar untuk tutup kepala saya. Kira sepanjang dua tiga hari raya, saya pakai turban sebab nak sembunyikan bahagian tepi kepala yang dah botak separuh,” ceritanya.

Alyah Terkenang Dua Insiden Tragis Menjelang Raya

IKLAN

Insiden keduanya pula lebih tragis kerana ianya melibatkan api dan pada ketika itu menurut Alyah, tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk umat Islam menyambut hari raya.

“Insiden kedua pula masa saya main masak-masak dengan kawan. Masa tu kita lagi dua tiga hari nak sambut raya. Kami ekstrem sebab main masak-masak pakai minyak tanah sebab nak bagi nampak real.

 

“Leka main, sedar tak sedar dinding depan rumah dan sebuah almari terbakar! Bila api marak, kami sekeluarga panik. Emak sampai nangis takut apa-apa yang tak baik berlaku pada anak dia. Mujurlah api dapat dipadamkan.

 

“Tapi hangus jugalah dinding rumah saya. Cat pun macam tak hilang. Bekas dia masih ada. Yang lucunya, tiap kali orang datang beraya pasti akan tegur dinding yang hangus tu dan setiap kali itulah mak akan bebel dan marahkan saya,” ceritanya.

Kata Alyah lagi, sejak kejadikan kebakaran itu dia menjadi trauma untuk main masak-masak lagi.

IKLAN

Lucu sungguh kisah kenangan Alyah ini kan. Tapi peringatan juga buat semua, kisah Alyah ini boleh dijadikan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dan memantau anak-anak supaya tidak bermain dengan api bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

IKLAN

Sumber: Majalah Media Hiburan, Edisi Khas Syawal 2016

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI