Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kurang 24 jam lalu, aktres, Almy Nadia,32, memuat naik satu posting sedih melibatkan diri dan dua anak perempuannya, Ariana dan Aurora. MH difahamkan, tiga beranak itu disahkan positif Influenda A.

Tulisnya, dia sedih dengan apa yang berlku apabila penyankit yang selama ini dihidapinya dikatakan turut berjangkit kepada anak-anak.

“Today bawa la anak2 p hospital.. nak jadikan cerita inilah penyakit saya yang saya hadapi sebelum ni..tapi tak check betul-betul tapi bila anak dah sakit terus bawa p hospital check POSITiVE INFLUENZA A. Sedih semua ada.. punya la jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat adlast sakit jugak lepas tu melibatkan anak-anak sakit sebab berjangkit dengan mama dia.. lagi rasa sedih tau,” catat Almy menerusi ruangan caption.

Pada masa sama, isteri yang juga merupakan isteri kepada Fizz Fairuz ini turut meminta pandangan orang ramai apakah cara terbaik untuk  mengubati penyakit berkenaan.

“Macam mana nak sembuhkan penyakit ni.. sakit dia Tuhan ja tau gigil demam on n off.. ya ALLAH dugaan betul ni.. now mama arianna aurora sakit benda yg sama.. sedih gilaaaaa sakit gilaa..,” kata Almy yang meminta agar netizen mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

 

“Inilah keadaan this morning untuk this two little girls kami. Mandi lemon+ makan bubur sikit + makan ubat .. done.. malam tadi tak demam.. tiba2 pagi ni diaorg demam balik. Minta doa dari semua agar this two little girls cepat sembuh dr penyakit INFLUENZA A …. sian sangat.. mama dia masih kuat lagi. Walaupun badan sakit-sakit. bila demam mama datang pulak, sakit tulang sakit urat semua..mama depa leh rasa apa yg anak dia rasa.. jadi mama kena kuat.. but sian this little girls.. minta doa dr semua ya…,” Kongsi Almy.

Apa pun, MH mendoakan yang terbaik untuk pasangan selebriti ini.

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: