Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri memang terkenal dengan sifatnya yang suka mengusik. Tercuit hati apabila menyaksikan sebuah rakaman video yang dikongsi Aliff sedang menyakat isterinya.

Rakaman video yang dikongsi oleh Aliff menerusi akaun Instagramnya semalam telah mendapat lebih daripada 130,000 tontonan sejak ia dikongsi.

Dalam video tersebut, Aliff menyakat isterinya dengan berkata bahawa fesyen yang digayakan isterinya itu sangat ‘kg’ atau lebih mudah untuk difahami maksudnya adalah ‘kampung’.

Namun isterinya, Datin Nur Shahida atau lebih mesra dengan panggilan Shahida telah membidas usikan suaminya itu sambil berkata,

“Apa yang tak kenanya?, ok je tutup aurat,” jawabnya kepada Aliff.

Mungkin bagi sesetengah pihak ada yang merasakan tidak patut seorang suami berkata sebegitu kepada isterinya yang mungkin boleh mengguris hati seorang isteri.

IKLAN

Namun kalau dilihat dari segi positif ianya hanyalah satu usikan dan usikan seperti ini dapat membuatkan hubungan suami isteri itu lebih erat. Tak salah dalam hidup berumah tangga untuk saling bergurau dan mengusik.

Jom kita tonton video Aliff menyakat isterinya.

komen anda fesyen wife sy?? kami pelik dia tak suka simple tp terbalik pulak dgn sy? @shahidadherbs

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Rata-rata pengikut Aliff juga turut tecuit hati melihat usikan Aliff ini.

nurlin1992: Lawak laa kenakan wife ye…haha..xpe..yg penting dato syg datin kan..hihi let her comfortable with her own way

IKLAN

kakbell_dewyglow: Hahahaha sabo jelah datin ?

junitamariana: Hahaa … kelakar lah video Dato @aliffsyukriterlajaklaris ni … sy ulang berkali2 nk tgk datin @shahidadherbs

Apapun Shahida tetap cantik dan benar apa yang dikatakan oleh Shahida, yang penting tutup aurat.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI