Hmmm nampaknya kes Aliff Aziz memang menjadi perbualan hangat untuk tahun ini.

Walaupun Aliff sudah memohon maaf atas ketelanjurannya, namun rakyat Malaysia terutamanya pengguna sosial media masih hangat bercerita mengenai perkara ini.

Melalui sebuah video live yang dibuat oleh Rotikaya, menemu bual Pengurus Seniman, Zed Zaidi ada memberi pandangan tentang isu ini.

“Pandangan dari sudut Persatuan Seniman Malaysia terhadap industri seni, ia berkaitan satu imej. Kedua, benda ini melibatkan rumah tangga, so kita tidak boleh nak kacau sangat.

 

“ Tetapi dari sudut dan pandangan saya secara peribadi, Aliff lu memang tak gentleman! Sebab sebagai lelaki kita kena menghormati wanita, lebih lagi isteri kita yang sentiasa ada di belakang kita,” jelasnya dengan serius.

“Aliff, Lu Memang Tak Gentleman!” – Zed Zaidi

IKLAN

Walaupun sukar untuk kaitkan hal peribadi yang terjadi pada Aliff dalam industri hiburan, tetapi Zed akui tindakan Aliff telah mencemarkan nama seorang lelaki.

“Memang bagi aku, kau dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, tetapi kau harus respect artis Malaysia.

“Jadi bila terjadi seperti ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau sebenarnya artis dari luar. Tapi aku tak nak kacau sangat hal rumah tangga kau, kau jawablah dengan tuhan sendiri,” katanya.

Malah, Zed juga mengingatkan Aliff dia mampu memberi kesan pada pelakon dan penyanyi tersebut namun masih bersimpati dengan isteri Aliff yang masih menyayangi suaminya itu dan membuatkan dirinya masih menghormati pasangan tersebut.

Selain itu, Zed juga sempai memberi contoh mengapa selama ini dia segera mengambil tindakan terhadap artis-artis luar kerana bimbangkan imej selebriti Malaysia.
“Aliff, Lu Memang Tak Gentleman!” – Zed Zaidi

IKLAN

Apabila disoal tentang Afifah, Zed memberitahu perkara tersebut telah berlaku selepas penggambaran jadi itu tidak membabitkan apa-apa kegiatan seni.

Tetapi dalam masa yang sama, Zed juga tidak ketinggalan untuk memberi nasihat agar artis-artis Malaysia untuk menjaga imej sebaik yang mungkin terutamanya golongan artis muda.

IKLAN

“Untuk Afifah ataupun artis-artis Malaysia dan juga luar terutamanya pada artis muda tolong jaga kelakuan, attitude dan apa sahaja perangai anda supaya jangan mencemarkan lagi imej yang negative tentang artis Malaysia yang membuat perangai melakukan sesuatu benda yang tidak baik atau benda negatif kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Walaupun Persatuan Seniman Malaysia tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap kes Aliff kerana berunsur peribadi. Tetapi Zed telah memberi pandangannya selaku seorang insan bernama Zed Zaidi.

Turut berkongsi perancangan Persatuan Seniman, Zed memberitahu ingin mengadakan sebuah kursus khas buat ‘orang baru’ dalam industri agar menjaga kualiti selebriti Malaysia.

(Live) Bersama Presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi tentang isu Aliff Aziz

Posted by ROTIKAYA on Monday, July 31, 2017

SUMBER : Rotikaya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI