Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemilik nama Alicia Amin, 22 tahun atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin sering menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia.

Apatah lagi imejnya yang seksi itu sering mendapat perhatian netizen prihatin dalam memberikan nasihat kepadanya.

Tidak cukup itu, sebelum ini juga Alicia pernah mengaku pernah dimasukkan ke dalam wad psikiatri selama seminggu kerana cuba membunuh diri.

Namun terbaru, Alicia seakan memberi hint di mana dia akan mendedahkan sesuatu yang besar tentang dirinya kepada pengetahuan umum.

Menulis di laman Instagram miliknya, Alicia mengatakan akan menjelaskan sesuatu pada 15 Januari nanti.

“I’m making 2018 my year, see my big reveal this 15 January on Buro247.my,” tulisnya.

Bila MH selidik, nampak seperti sedang membina satu empire atau jenama secara online.

Adakah Alicia akan mengeluarkan jenama pakaiannya sendiri? Bagi MH, tak mustahil juga sebab dia kan seorang model, mestilah nak ada jenamanya sendiri kan?

Apa-apa pun kalau nak tahu apa benda yang Alicia nak umumkan, korang kenalah tunggu 15 Januari ni ya!

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: