Sejak tampuk pemerintahan beralih arah ini, rakyat Malaysia ternanti-nanti bila agaknya janji 100 hari Pakatan Harapan akan dilaksanakan.

Antara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat tentunya pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST). MH faham, memang ramai yang terbeban dengan cukai tersebut.

Susulan kenyatan Kementerian Kewangan Malaysia apabila GST bakal dikenakan pada kadar sifar 0% bermula 1 Jun ini, ramai rakyat Malaysia bersorak girang termasuklah, penguasaha kosmetik, Nur Sajat.

Dia berkongsi kenyataan tersebut di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Alhamdulillah…GST tiada lagi! Amin!!!! terima kasih Malaysia kerana fahami kami sebagai rakyat Malaysia. Thank you @Chedetofficial,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat juga turut berkongsi bahawa dia bekerja keras demi pekerja-pekerja serta mendoakan rezeki mereka murah tahun ini.

IKLAN

“Kadang kadang kita kerja kuat ini,sebab banyak benda kita nak fikirkan, dalam fikiran saya yang utama adalah gaji-gaji staf saya.

“Saya kalau boleh tak nak menjadi majikan yang tak suka bayar gaji pekerja, sebab itu siang malam saya berkerja tau,”tulisnya.

Dia turut mengatakan bahawa dia tidak mengambil cuti demi memastikan perniagaannya maju.

IKLAN

“Saya tak cuti, staf-staf saya cuti…seminggu sekali, kadang-kadang 2 hari dalam seminggu staf-staf saya cuti.

“Apa apa pun saya enjoy dengan kerjaya yang saya buat. InshaALLAH, kalau ada rezeki lebih mungkin tahun ini dapat bonus raya.

“InsyaALLAH apa apa pun,jangan mengata uols!!! Selamat menyambut ramahdan,” tulisnya lagi.

Ohmy, beruntungnya para pekerja Sajat dapat bos sepertinya. Apa-apapun, MH pun nak ucapkan salam ramadan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Jangan membawang ya.

sumber: IG Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI