Select Page

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad, pelakon yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi kerana bakatnya sudah dikenali ramai.

Kini beliau dilihat sangat bahagia bersama isteri tercinta yang merupakan seorang usahawan juga kakak kepada pelakon terkenal Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor. Mereka yang baharu bergelar suami isteri masih menjalani fasa bulan madu walaupun mereka sudah bercuti sakan di Eropah baru-baru ini bersama adik Nabila.

Selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Royal Ballroom, Hotel Royal Chulan Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Hj.Syamsul Firdaus Bin Hj.Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Iman Masjid Damansara Perdana.

Baru-baru ini terdapat satu video yang dikongsi oleh Sharnaz sendiri di akaun instagram miliknya telah menjadi tular di laman media sosial.

Video yang berdurasi lebih kurang satu minit ini telah menunjukkan aksi isterinya berpeluk ketika Sharnaz sedang berbual.

Dengan caption” Abaikan perbualan itu..itu namanya perbualan orang berlagak belagak dan taman megah..tapi yang kongkang dok peluk tu..haih lah isteri ku sayang @noornabila”

Rata-rata peminat bagi pelakon kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu telah melahirkan perasaan teruja apabila melihat kebahgiaan rumah tangga mereka. Ramai juga yang mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka ini akan berkekalan hingga ke syurga.

Video ini telah mencuri hati pengikutnya yang terhibur dengan aksi manja mereka.

Terdapat sebuah kata-kata yang menyatakan bahawa, rezeki akan melimpah jika dibahagi, ilmu akan bertambah jika dikongsi, kasih sayang akan bercambah jika diberi. Macam inilah suami isteri kan? Barulah hari- hari terasa pengantin baru!

Semoga perkahwinan yang telah terbina ini berkekalan sehingga syurga dan kami mendoakan semoga Sharnaaz dan Nabila akan dilimpahi dengan kebahagiaan dan penuh rasa cinta lagi selepas ini.

 

Sumber : Instgram @sharnaazahmad

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

Comments

error: