Select Page
  • 274
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    274
    Shares

Kita sememangnya tahu bahawa arnab merupakan seekor haiwan yang licik dan sukakan lobak, namun di dalam Peter Rabbit, para penonton akan berdepan dengan ‘Peter’ yang nakal dan bijak.

Semalam MH berkesempatan menonton preview Peter Rabbit dan ternyata filem tersebut sememangnya menghiburkan hati, sesuai dengan genre ‘untuk tontonan umum’nya.

Pada mulanya, MH agak skeptikal memikirkan bahawa jalan ceritanya akan sama seperti filem kanak-kanak lain namun ternyata ianya lucu dan mencuit hati membuatkan penonton ketawa di dalam pawagam.

Oleh itu, MH nak kongsi 4 sebab kenapa korang kena pergi menonton filem ini di pawagam.

1. Sesuai Untuk Keluarga Habiskan Masa Bersama

Zaman sekarang ini sukar sekali untuk seisi keluarga menghabiskan masa bersama-sama, apatah lagi melakukan satu akviti.

Bagaimanapun, semalam MH dapat lihat ada beberapa keluarga yang membawa anak-anak kecil dan remaja menontonnya dan ternyata seisi keluarnya tersebut dapat ‘enjoy’ masa bersama keluarga.

2. Menyampaikan Mesej Kekeluargaan

Filem tersebut menceritakan “Peter’ kehilangan ayah dan ibunya serta harus menjadi ketua keluarga kepada 3 orang adik kembar iaitu Flopsy, Mopsy dan Cotton-Tail serta seorang sepupu, Benjamin.

Untuk meneruskan kehidupan, mereka sering mencuri daripada kebun Mr. Mcgregor. Malah, bapa Peter turut terbunuh kerana cubaan mencuri tersebut. Entah bagaimana, Mr. Mcgregor meninggal dunia kerana sakit jantung.

Dalam pada itu, mereka turut dijaga oleh pencinta haiwan dan seorang pelukis, Bea. Semuanya berubah apabila Bea jatuh cinta dengan anak buah Mr Mcgregor, Thomas apabila dia datang ke kampung tersebut menguruskan harta bapa saudaranya.

Keada berubah apabila Thomas dan Bea saling jatuh cinta menimbulkan perasaan iri hati pada Peter, pelbagai cara dilakukan demi mendapatkan semula perhatian Bea kepada mereka. Namun, satu insiden terjadi menyebabkan Peter dan Thomas bergabung.

Dalam filem ini, kita dapat lihat kekeluargaan yang erat antara Peter dan ahli keluarganya yang lain, serta bagaimana Thomas yang tidak langsung mengetahui dia ada bapa saudara memandangkan dia tidak rapat dengan ahli keluarganya.

Situasi ini sangat biasa kita lihat dalam masyarakat sekarang kan? Tentunya ia merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah, Will Gluck.

3. Mencuit Hati

Daripada awal filem ini hinggalah ke penghujung, MH memang sangat terhibur dan satu panggung bergema dengan gelak-tawa penonton.

Saat melihat aksi Peter dan Thomas yang sering bercakaran itu memang kelakar, dalam pada itu, bantuan daripada haiwan-haiwan lain seperti musang, khinzir, landak dan juga ‘Moose’ turut membantu memeriahkan suasana.

4. Ada James Corden Dan Sia Sebagai Pelakon Suara Latar

Mula-mula MH dengar suara Peter ni, rasa macam ‘familiar’ tapi tak pasti siapa. Rupa-rupanya, pemilik suara disebalik watak nakal tersebut adalah, pengacara, James Corden. Patutlah, ada babak di mana Peter turut sama menyanyi.

Sementara itu, MH juga terkejut melihat penyanyi, Sia yang menyumbangkan suara untuk watak landak, Mrs Tiggy-Winkle. Lain betul suaranya.

Selain James dan Sia, Daisy Ridley, Margot Robbie dan Elizabeth Debicki turut menyumbangkan suara untuk watak si kembar tiga.

Hebat-hebat rupanya orang disebalik watak comel arnab itu. Apa-apapun MH memang terhibur sepanjang filem tersebut.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: