Impian seorang lelaki untuk mengembangkan kariernya sebagai model ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian apabila hidungnya rosak selepas disuntik dengan lilin oleh seorang transgender, Euge Edward yang menjalankan perniagaan dalam bidang  kecantikan.

Akibat Ingin Hidung Mancung, Impian Model Lelaki Musnah

 “Saya pernah menjadi model dan merata tempat saya kunjungi. Saya cuma mahu memperbaiki agar hidung saya mancung seperti orang barat, sebab itu saya mendapatkan suntikan daripada Euge,”katanya.

Ellowe Alviso, yang berasal dari Manila, sebelum ini pernah menghiasi majalah-majalah dan katalog di Filipina namun selepas mendapatkan suntikan di bahagian hidungnya dengan harga RM43,semua impiannya itu hancur berderai.

IKLAN

Akibat Ingin Hidung Mancung, Impian Model Lelaki Musnah

Hidungnya membengkak dan dia kini hanya boleh membuat persembahan di parti Holloween sahaja. Bahagian hidung Alviso telah mengalami jangkitan selepas beberapa minggu suntikan lilin dilakukan.

Akibat Ingin Hidung Mancung, Impian Model Lelaki Musnah

IKLAN

Selain hidung, Alviso turut menyuntik dagunya dan mengalami perkara sama seperti hidungnya. Dagunya juga membengkak dan mula bernanah.

Akibat Ingin Hidung Mancung, Impian Model Lelaki Musnah

IKLAN
 

Setelah tujuh pembedahan dijalankan bagi membetulkan semula wajahnya, ia ternyata gagal mengembalikan semula keadaan  hidungnya pada bentuk asal.

“Saya hanya berharap agar muka saya kembali normal bagi membolehkan saya menyara keluarga saya dengan menjadi model.

“Pakar Kecantikan itu merosakkan impian , hidup , personaliti  dan keluarga saya. Saya mahu polis menangkapnya supaya perkara ini tidak terjadi kepada orang lain,” ujarnya. 

Dalam pada itu, polis telah mengeluarkan waran untuk menangkap Euge Edward, namun dia sudah menghilangkan diri.

 Sumber : Dailymail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI