Mungkin kasihan apabila orang ramai sering melemparkan kata-kata negatif mengenai insan yang bernama Nur Sajat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil keputusan untuk mengaturkan pertemuan dengan pemilik kosmetik tersebut.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komunitinya, Dr Izwan Yusof menulis mesej terbuka kepada Nur Sajat menerusi laman Facebook miliknya.

Akhirnya JAKIM Ambil Pendekatan Berjumpa Dengan Nur Sajat!

IKLAN

“Saya berhajat untuk berjumpa Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

“Berkenaan hal-hal yg berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami perlu tahu masalah sebenar yg dihadapi. Dalam masa yg sama, kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar netizen terhadap Sajat.

“Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam. Saya yakin dengan pertemuan itu nanti, akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

“Kami juga ingin nasihatkan Sajat supaya mendekati al-Quran dan banyakkan zikrullah. Ini kerana ia akan membantu jiwa kita menjadi tenang.

“Akhir kalam, kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menyambut baik inisiatif tersebut supaya kekeliruan identiti Nur Sajat dapat dirungkai.

IKLAN

Akhirnya JAKIM Ambil Pendekatan Berjumpa Dengan Nur Sajat!

IKLAN

“Assalamualaikum Dr, setuju aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” tulisnya pula.

Bagi MH, bagus sebenarnya jika diadakan pertemuan ini supaya netizen dapat berhenti membuat spekulasi yang bukan-bukan. Nur Sajat sendiri pun mesti dah penat nak nak yakinkan orang identiti dirinya.

Akhirnya JAKIM Ambil Pendekatan Berjumpa Dengan Nur Sajat!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI