Satu lagi info yang baru kami perolehi mendakwa, akaun Instagram yang menggunakan akaun @faizikhairudin didakwa sebagai fake, kerana ia sebenarnya merupakan sebuah akaun palsu.
Akaun menerusi platform sosial itu menjadi buah mulut ramai apabila memuat naik foto berkenaan dengan ‘rayuan’ aktor, Syafiq Kyle.
Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan penyebaran video kontroversi melibatnya dirinya dan seorang ‘wanita’ yang dikenali sebagai Mira baru-baru ini.
Pendedahan tersebut dibuat salah seorang netizen yang mengakui pernah melihat wajah pemilik akaun hampir sama.
Dakwanya, dia pernah melihat wajah yang hampir sama menerusi sebuah lagi akaun IG lain dan apabila dia memberikan komen terhadap akaun yang didakwa palsu itu, pemilik berkenaan difahamkan telah blocked dan memadam komen yang diberikan.
So, what say you guys? Kalau sah-sah fake, apa motif dia ek?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Emosi Agak Terganggu Disebabkan…,”- Terpisah Dengan Anak, Issey Fazlisham Maklum Emosi Isteri Agak Terganggu
Tidak dinafikan, ramai yang terkesan malah ada yang terpisah dengan ahli keluarga apabila Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu dilaksanakan.
Penyampai radio, Issey Fazlisham misalnya berkata dia kini terpisah dengan anak-anak tirinya yang kini berada di bawah penjagaan keluarga mertua di Kelantan.
Dalam pada itu, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Husin turut memaklumkan, isterinya telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menetap bersamanya.
Sementara anak-anaknya masih berada di Kelantan kerana masih dalam proses perpindahan sekolah.
“Isteri dapat transfer di kL semasa PKP. Kenapa tak bawak anak terus? Anak masih di Kelantan sebab urusan untuk tukar sekolah perlu masa jugak. Tambah tambah masih PKP.
“Kebetulan saya di KL bakal pindah ke rumah baru, banyak yang tergendala proses,” katanya.
Selain itu, penyampai radio 32 tahun itu berkata emosi isteri sering terganggu akibat terpisah jauh dengan anaknya.
“Tapi takpa, besar hikmah bersabar. Kita berdoa agar menang melawan wabak ini, dan Insyallah bila semuanya sudah selesai, kita pindah kL yer kesayangan.
“Saya kesian dekat @aimi_jamel, emosi agak terganggu disebabkan anak jauh. Insyallah sayang, kita settle slow2 ok.
“Terima kasih mak mertua, aka Tok Ma pada cucu dia , yang jaga kesayangan keluarga buat masa sekarang ni. Love u la ‘Kak Nun’,” jelasnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by issey (@isseyfazlisham) on
Sekadar informasi, Issey sah bergelar isteri kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada 22 Disember yang lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadilah Anak Yang Solehah, Berjaya Dunia Dan Akhirat…”- Doa Erra Fazira Kepada Permata Hati Tunggal, Engku Aleesya.
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira telah memuat naik beberapa keping gambar dan video bersama dengan Aleeysa di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsiannya itu, pelakon Persona Non Grata menyatakan rasa kasih dan sayangnya buat puteri tunggal, Engku Aleesya.
“It’s the little moment together that make the best memories forever. .”
“Sayang anak mom .. penyejuk hati mom.. jadilah anak yang solehah. Yang berjaya didunia dan akhirat.. amiiinnn.. .. .”
“P.S ini budak manyak lasak … sekali kepala suda hantuk kat meja daaa.. kan dah manjukkk ?? Love you bery much my shayang muchukkkk” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Rata-rata netizen memuji hubungan kekeluargaan dua beranak ini selain terhibur dengan gelagat mereka.
Semoga Erra dan Aleesya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.
Engku Aleesya kini berusia 10 tahun. Erra bercerai bersama Engku Imran pada tanggal 18 Februari 2014 lalu.
Video : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Lafaz, Usop Sah Bergelar Suami Nur Fatihah – “Saya Ingin Jadi Suami Terbaik.”
Naib juara program Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim,25, hari ini dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah pasangan itu dilangsungkan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.
Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.
Mas mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan.
Usop Dan Nur Fatihah atau Teha mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim, Kedah.
Berkongsi mengenai perjalanan kisah cinta mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun lalu dan diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.
Teha berkhidmat sebagai kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang selain membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Menurut Usop, dia memohon doa yang baik-baik daripada semua dan agar mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.
Menyentuh mengenai cahaya mata, penyanyi lagu Sejarah Cintaku ini percaya kepada rezeki.
“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @kakiklikphotography
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI