Heboh baru-baru ini tentang heroin Bollywood, Kajol yang datang ke Malaysia bagi mempromosikan sebuah filem. Antara artis yang bertuah kerana dapat bertentang mata dengan aktres ini adalah Ajak Shiro.

Ajak telah diberi tugasan untuk menemuramah Kajol berhubung filem yang dipromosikan itu di Hot FM pagi tadi.

Ajak berkata dia sangat teruja dan seronok apabila dapat berjumpa dengan heroin wanita yang sangat terkenal itu.

“Saya memang seronok dan teruja bila dapat jumpa dengan bintang Bollywood yang memang sungguh terkenal.

 

“Mungkin adik-adik sekarang tidak teruja dengan berita ini tapi berbeza bagi saya kerana ibu dan abah saya juga minat Kajol dan dia adalah artis pujaan mereka sewaktu di zaman muda dan sudah tentu saya masih kanak-kanak lagi waktu itu.

 

“Saya suka tengok lakonan dia terutama dalam filem Kuch Kuch Hota Hai dan hari ini saya ditugaskan untuk menemuramah Kajol, sudah tentu saya sangat gembira,” katanya.

Ajak Takut Nak Pandang Mata Kajol

IKLAN

Ditanya pula reaksi pertamanya apabila dapat berjumpa dengan Kajol, Ajak menjawab dia tergamam seketika kerana melihat senyuman Kajol.

“First impression saya bila jumpa dia tentulah tergamam kejap sebab Ajak nampak dia senyum betul-betul depan mata.

 

“Yang hairannya saya tengok dia dalam TV masa saya kecik, saya nampak Kajol, sekarang saya dah tua dia masih Kajol yang sama.

 

“Nampak muda je, seorang yang baik dan peramah, suka senyum dan merendah diri. Dia buat kami rasa seolah-olah dah lama kenal dan dia sangat bijak sesuaikan diri, itulah Kajol,” jelas Ajak.

Ada juga yang ingin mengetahui bau Kajol wangi atau tidak, pihak MH Online juga sempat bertanya kepada Ajak bagaimana bau Kajol.

IKLAN

Ajak Takut Nak Pandang Mata Kajol

IKLAN

“Bau Kajol biasa-biasa je, sebenarnya nak jugak bau Kajol tu macam mana tapi takut kalau saya cium nanti tak pasal-pasal je kena penampar,” ujarnya berseloroh.

Menurut Ajak lagi, banyak soalan yang mahu ditanyakan kepada Kajol namun kerana memahami masa Kajol yang sibuk jadi itu membataskan dirinya untuk bertanyakan soalan.

Bertanyakan pula tentang apa yang paling disukai oleh Ajak tentang Kajol, dia menjawab bahawa dia paling suka dengan mata Kajol.

“Benda yang Ajak paling suka tentang Kajol selain dirinya yang peramah dan juga kelakar, Ajak suka mata dia, mata dia takut nak pandang,” ujarnya lagi.

Ajak memberitahu, sepanjang dia melibatkan diri dalam bidang seni dan kali ini diberikan peluang untuk menemuramah Kajol, ini adalah merupakan pencapaian terbaik buat dirinya dan terakhir sekali Ajak menyatakan bahawa dia tidak menyangka dia sebagai seorang budak kampung dapat menemuramah Kajol.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI