Wow bukan calang-calang lagi Ajak ni ya, bukan sahaja pandai melawak, mengacara dan berlakon, malah Ajak juga turut punyai pengalaman dalam menguruskan jenazah.

Bukan sahaja miliki sifat yang lucu, Ajak juga terbukti mempunyai hati yang cukup cekal dan berani kerana sering membantu bapa mertuanya dalam menguruskan hal Jenazah.

Katanya dia mengambil masa dua tahun untuk benar-benar berani untuk memikul tanggungjawb ini sepenuhnya dan akhirnya dia sudah biasakan diri.

IKLAN

Ajak Shiro ‘Rindu’ Uruskan Jenazah

Malah ketika itu dia hanya dibenarkan menguruskan di bahagian kaki sahaja kerana masih ada perasaan takut dan kurang mahir dalam bab sebegini.

IKLAN

“Tapi lama-kelamaan daripada membasuh di bahagian kaki, saya mendapat kepercayaan bapa mentua untuk membantunya memandikan jenazah secara menyeluruh,” kongsi Ajak.

Ajak juga memberi tahu, bapa mentuanya itu akan memaklumkan terlebih dahulu keadaan jenazah tersebut seperti mana untuk mengelakkan dia terkejut dan bimbang jika teraibkan keluarga jenazah.

“Misalnya ada jenazah yang mengalami kemalangan jalan raya dan pecah di bahagian kepala, awal-awal lagi bapa mentua saya berpesan mengenai keadaan jenazah itu.

“Kalau tidak diberitahu awal, bimbang juga saya terkejut dan mengaibkan keluarga jenazah nanti,” kongsinya lagi.

Ajak Shiro ‘Rindu’ Uruskan Jenazah

IKLAN

Dalam masa yang sama, Ajak juga ada berkongsi bapa mertuanya turut mengubah suai sebuah van menjadi sebuah van jenazah yang mempunyai segala kelengkapan termasuk bekalan air yang cecukupnya mengikut hukum syarak dan syariah.

“Tapi itu dululah. Sekarang ini bila dah sibuk, saya kadang kala jadi ‘rindu’ nak uruskan jenazah. Sesekali bila balik kampung, saya akan buat,” ujarnya.

Apa pun MH Online bangga dengan apa yang dilakukan oleh Ajak. Walaupun seorang pelawak sering dilabelkan sebagai individu yang paling sukar serious namun tugasnnya ini telah buktikan dia seorang yang berjiwa besar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI