Penyanyi yang kini popular dengan lagu Jangan Menangis, Aizat Amdan berharap agar peminat tidak terlalu boros dalam menjalani sambutan Syawal pada tahun ini. Baginya, adalah lebih afdal sekiranya hari raya disambut secara sederhana sahaja.

Katanya ketika ditemui di program rakaman program Muzik-Muzik Raya di Hotel Marriot, Putrajaya baru-baru ini, anak jati Kuala Lumpur ini akui adalah lebih baik untuk kita berjimat cermat sebagai satu refleksi terhadap menginsafi diri dan mengingati insan kurang bernasib baik.

IKLAN

“Benar, hari raya merupakan hari kemenangan umat Islam setelah 30 hari berpuasa di bulan Ramadan. Namun adalah lebih baik untuk kita beringat. Usah terlalu boros. Mahu beli itu dan ini sehingga akhirnya, akan makan diri.

“Kalau boleh, amalkanlah sikap berjimat dan berhemah ketika berbelanja. Sebab kalau nak diikutkan, ada yang sudah impi untuk melaram sakan di hari raya. Melaram itu tidak salah, tapi biarlah ukur baju di badan sendiri,” terangnya jujur.

“Paling penting, jangan lupa untuk saling kunjung mengunjungi dan memaafi di antara satu sama lain. Barulah raya lebih bermakna dan meriah dari beli apa yang tidak perlu. Fikir masa depan sebelum boros berbelanja,” luah Aizat memberi pesan buat peminat.

Dalam perkembangan lain, Aizat yang juga merupakan salah seorang duta #TerimaKasih TV3 juga akan memberi fokus terhadap promosi single terkininya, Jangan Menangis selepas raya nanti.

IKLAN
IKLAN

“Saya juga ada bekerjasama dengan Neelofa untuk projek True Love. Jadi saya kira hasil kerja ini merupakan satu lagi anjakan positif untuk terus berkembang dalam kerjaya seni, iaitu cipta lagu untuk satu kempen.

“Selain itu, saya juga mahu ketengahkan juga penglibatan dalam pembikinan muzik video kerana kami juga mempunyai produksi sendiri.

“Terdahulu, kami ada terlibat dalam muzik video Amboi dari Altimet dan Dirgahayu (Faizal Tahir & Datuk Siti Nurhaliza).

“Bagaimanapun, saya turut beri keutamaan kepada single sendiri juga,” akui Aizat yang beraya di dua buah lokasi pada tahun ini iaitu Ampang dan Raub, Pahang.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI