Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya untuk memperdayakan orang ramai yang ingin mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon.

Aisyah Aziz Berang Nama Dipergunakan Di Laman Sosial

Aisyah berkata dia tidak mengetahui hal ini sehingga mendapat aduan daripada peminat yang terpedaya dengan penipuan itu.

“Itu bukan saya!, saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru.

Menurut sebuah portal, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata dia mendapat tahu perkara ini apabila individu terbabit bertanya kepadanya mengenai perkara itu sama ada benar atau tidak.

Tambah Aisyah lagi, dia tidak pernah mempunyai mahupun mendaftar aplikasi laman sembang berkenaan.

IKLAN

“Penipuan seperti ini merupakan kali kedua melibatkan nama saya sepanjang saya bergelar artis,” jelasnya.

Terdahulu, ada pihak yang menggunakan namanya bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah mendapatkan wang kredit prabayar.

Oleh itu, Aisyah menyeru agar orang ramai agar tidak terpedaya dengan kes penipuan seperti ini, lebih-lebih lagi menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang.

Dia juga berharap peminat tidak mudah percaya dengan perkara sedemikian di laman sosial yang menggunakan nama artis untuk tujuan tertentu.

IKLAN

“Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, single keduanya berjudul Pilihan Sejati karya Aizat Amdan telah mendapat meraih 1.5 juta tontonan.

Sumber: Mstar

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI