Nampaknya Bintang GegarVaganza (GV) 4, bakal menjadi fenomena apabila disertai nama-nama besar yang cukup berbakat seperti Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad pada konsert pertama yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini.

Bagaimanapun, MH Online kali ini ingin menumpukan perhatian kepada pelantun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52.

Aishah mengakui kembali membina rumah tangga setelah enam tahun bercerai dengan suami ketiganya pada tahun 2011.

IKLAN

Menurut Aishah, dia telah melangsungkan pernikahan tersebut pada tahun ini tetapi enggan memberi butiran lebih lanjut.

“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya.

Terdahulu, Aishah telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Menerusi perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 24 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami,19.

IKLAN

Aishah kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.

Dalam segi karier, Aishah berkata suami terbarunya memberikan sokongan dan galakan buat dirinya untuk menyertai program berskala besar itu.

IKLAN

Dalam masa sama, Aishah juga berharap agar tiada pihak mencampur-adukkan penglibatannya dalam politik sebelum ini dengan pertandingan itu kerana kini dia merupakan pengikut Parti Amanah Negara (Amanah).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI