Baru-baru ini tular di media sosial apabila tersebarnya sebuah gambar peniaga air jagung yang memberikan air percuma buat wanita hamil.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila di papan menunya tertulis,

“Free for mummy pregnant, doakan saya dapat cahaya mata tq,” tulisan dia papan menu peniaga tersebut.

Gambar ini juga telah menarik perhatian seorang selebriti, Fynn Jamal yang telah berkongsi gambar ini menerusi akaun Instagramnya dan di ruangan kapsyennya dia mengajak kita untuk mengaminkan permintaan peniaga ini.

“because it is still early zulhijjah and what he did is such a cute sadaqah, boleh tak tolong ramai2 kita aminkan.

 

“kau kurniakanlah dia zuriat yang menyejuk matanya dan akan memimpin dia ke syurga, ya الله.

 

“everyone say amin!!!,” tulips kapsyennya.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

IKLAN

Ternyata cara peniaga ini untuk mendapatkan cahaya mata dengan bersedekah telah menyentuh hati netizen.

Rata-rata pengikut Fynn di Instagram telah mendoakan agar niat murni peniaga ini untuk mendapatkan cahaya mata dimakbulkan.

duitmycom: Yaa Allah…Engkau makbulkanlah permintaan hambaMu ini…sesungguhnya hanya pada Engkau kami memohon…amin…amin yarobbal àlamin…

IKLAN

rinza_irdina: Aaminn… Moga dia mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. Insya’allah. Allah Maha mengasihani.

zuratia: Aamiin…sy pun 6 tahun baru dpt anak….in shaa allah Dia akan bg pada saat dan masa yg tepat mngikut aturanNya….

IKLAN

lagendary_reborn: Ameen..semoga allah perkenan kan..

Semoga permintaan peniaga ini untuk mendapatkan cahaya mata diperkenankan oleh ALLAH SWT. 

Sumber: Instagram Fynn Jamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI