Namanya pun adik-beradik. Jadi tidak hairanlah sekiranya apa yang sahaja kecaman yang terpalit pada si adik, si kakak akan turut sama terasa dan cuba untuk melindungi adiknya. Itulah situasi yang cuba dijelaskan Fara Hazel yang juga merupakan kakak kepada penyanyi remaja, Aiman Tino.

Katanya kepada MH, sebagai seorang kakak, sudah pasti dia semahunya mahu berdiri teguh di belakang adik sendiri.

Aiman Tino Yang Kena, Fara Hazel Pula Yang Geram!

IKLAN

“Apa yang saya boleh kongsi, Aiman ni kalau di rumah dia bukanlah seorang adik yang suka berkongsi masalah.Sebaliknya, kalau dia ada masalah, dia akan diam. Alih-alih kita yang akan tanya kenapa diam, ada masalahkah? Tapi bila situasi itu berlaku, kita memahami yang dia mungkin sedang ada masalah,” katanya yang turut mengakui masalah terbesar adiknya itu adalah apabila caranya ‘rapping’ dikecam teruk segelintir netizen.

 

“Setakat ini, rasanya masalah yang paling besar Aiman terima ialah apabila dia dikecam sebab rapping. Saya tahu masa tu dia rasa sangat down. Sebab itulah, saya pernah buat statment menerusi Instagram. Saya cuba untuk bela dia. Sebagai kakak, tak kanlah saya mahu diam saja. Lebih-lebih lagi bila dia rapping untuk lagu saya. Jadi saya cuba berikannya semangat. 

 

“Malah kecaman itu berlaku ketika Aiman sedang mahu menunaikan umrah. Saya kata padanya, kau pergi sana rileks dan fokus, biar aku di sini yang handle,” luah bintang berusia 21 tahun ini jujur.

Terdahulu, mereka ditemui MH di majlis pelancaran single terkini mereka berjudul Terasa Cinta di Hotel Premera, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berkongsi mengenai perkembangan terkininya pula, Fara telah pun merancang untuk melancarkan single ketiga dalam tempoh terdekat.

IKLAN

All the best buat Fara dan Aiman dari MH. Jangan stress sangat okay!

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=Nf5qPgH7-zc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI