Selepas dikenali dengan lagu Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta, penyanyi remaja yang sedang meningkat naik, Aiman Tino mengakui rancak merencanakan kerjaya seninya menerusi pelbagai perancangan bagi memastikan dirinya terus relevan dalam industri.

Tidak mahu menunggu lebih lama, Aiman yang baru-baru ini tampil dengan lagu raya sendiri, Lara Dalam Kerinduan kembali memperkenalkan single terbarunya buat peminat, Ku Sayang Padamu.

Aiman Tino Tolak Tawaran Berlakon

Berbanding dua lagu sebelumnya yang lebih mendayu-dayu, kini Aiman membuat sedikit pembaharuan apabila tampil dengan lagu rancak dan catchy ciptaan Apit, manakala lirik ditulis bapanya sendiri, Yusri.

“Ramai beri respons baik untuk single terbaru Aiman yang diperkenalkan sejak sebulan lalu dan Aiman harap sambutan berterusan pada masa akan datang.

 

“Lagu rancak ini sebenarnya hanyalah percubaan kerana sebelum ini Aiman memang dikenali dengan lagu mendayu-dayu dan membuai perasaan.

 

“Walaupun selesa dengan lagu-lagu berentak begitu, Aiman tetap mengambil cabaran ini sebagai kelainan untuk single terbaru ini dan melihat sejauh mana Aiman boleh menyanyikan lagu-lagu pelbagai rentak,” akuinya jujur.

Pada masa sama, penyanyi kelahiran Kuala Kubu Bharu ini juga sedang rancak membuat persiapan untuk menghasilkan album sulungnya yang dijangka menemui peminat awal tahun depan.

IKLAN

“Insya-ALLAH jika semua berjalan lancar, Aiman akan tampil dengan album sulung berupa mini album yang bakal memuatkan enam lagu termasuk single yang pernah mempopularkan Aiman sebelum ini.

 

“Penghasilan album ini sangat penting buat Aiman, malah pada masa sama ia juga merupakan hadiah Aiman buat peminat yang banyak menyokong kerjaya seni Aiman seawal Aiman menceburi bidang nyanyian ini,” ujarnya.

Aiman Tino Tolak Tawaran Berlakon

Disebabkan mahu beri lebih tumpuan terhadap penghasilan album sulung juga membuatkan Aiman terpaksa menolak tawaran berlakon.

“Sebenarnya banyak juga tawaran berlakon, namun Aiman terpaksa tolak kerana kekangan masa di mana jadual kerjaya saya agak padat dengan aktiviti nyanyian selain fokus hasilkan album.

 

“Sayang juga nak melepaskan tawaran, tapi Aiman perlu realistik kerana mana mungkin mampu melakukan beberapa perkara dalam satu-satu masa, apatah lagi Aiman belum ada pengalaman dalam lakonan.

 

“Jadi mungkin belum masanya untuk Aiman ceburi lakonan, tapi Aiman tidak menolak kemungkinan jika ada rezeki pada masa akan datang,” jelasnya.

Mahu dekat dengan peminat

IKLAN

Tidak sekadar itu, penyanyi remaja ini juga semakin aktif mengembangkan perniagaan yang diceburi menerusi label Sweet Aiman yang sebelum ini tampil dengan produk kecantikan diikuti dengan Kurta Raya sepanjang Ramadan lalu.

Menyedari pengaruhnya di kalangan peminat cilik, Aiman juga akan tampil dengan penghasilan pakaian sekolah di bawah label Sweet Aiman hujung tahun nanti.

“Tujuan Aiman hanya satu iaitu untuk sentiasa dekat dengan peminat Aiman yang sentiasa menyokong Aiman selama ini.

 

“Ramai tahu peminat Aiman ramai di kalangan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah, jadi penghasilan baju sekolah di bawah label Sweet Aiman ini mungkin menjadi salah satu cara untuk lebih dekat dengan mereka,” katanya yang cukup senang didekati peminat cilik.

Aiman Tino Tolak Tawaran Berlakon

IKLAN

Aiman yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi berkait soal bayaran persembahan yang dikenakan terlalu tinggi oleh syarikat pengurusannya mengakui masalah tersebut berjaya diatasi dengan baik sekali gus melancarkan kembali perjalanan kerjaya seninya.

“Alhamdulillah kontroversi tersebut telah pun berlalu dan Aiman harap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

 

“Aiman masih lagi bersama syarikat pengurusan sama, Aries Music, cuma segala aktiviti seni Aiman diuruskan pengurus yang baru selain bapa Aiman yang masih lagi menjadi tulang belakang kerjaya seni seni Aiman,” katanya.

Buka ruang penyanyi remaja

Mengulas persaingan yang dihadapi dengan kemunculan ramai penyanyi remaja seangkatan dengannya sehingga ada di antara peminat kini beralih arah, Aiman menyifatkan ia asam garam dunia seni.

“Ada yang anggap Aiman sebagai pembuka ruang kepada penyanyi remaja seangkatan dengan Aiman untuk cipta nama dalam industri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Teks: Wawann Mohd

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI