Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kecoh seketika semalam tentang isu Ahmad Idham, pengarah yang dikatakan kantoi like beberapa post serta video lucah.

Perkara ini telah disedari apabila keluar notifikasi tentang tindakkannya di Twitter.

Namun tidak mahu melatah dan mengeruhkan lagi keadaan, Idham terbuka memberi penjelasan pada MH Online.

“Bagi saya pada zaman sekarang perkara seperti ini sering dan tidak mustahil terjadi. Memang benar sebelum ini saya ada menerima beberapa link yang telah dikongsi oleh rakan-rakan, tetapi saya sendiri tak ingat mana satu yang saya dah tekan dan sebagainya. Tetapi setahu saya, memang tak ada like benda-benda macam itu secara sengaja.

 

“Saya memandang perkara ini sebagai satu isu scam yang cuba untuk menjatuhkan reputasi dan mengaibkan saya,” jelasnya.

Malah Idham turut memberitahu dia sudah berjumpa dengan peguamnya untuk menyemak kes ini. Sekiranya ia melampaui batas, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pada individu yang tidak bertanggungjawab.

Menjawab tentang isu pengakuan yang pernah dikeluarkan olehnya kepada sebuah portal hiburan tempatan tentang perkara ini, Idham memberitahu dia hanya cuba ingin berlaku jujur dan cuba menjelaskan situasi sebenar.

“Saya cuba untuk tidak menjadi hipokrit, saya akui sebagai seorang pengguna media sosial perkara seperti ini sering terjadi pada semua orang. Kadang-kadang kita mesti akan ada tersalah tekan pada link yang tidak berkenaan,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Idham turut meminta semua pengikutnya untuk tidak terpengaruh dengan ‘penulis’ yang tidak bertauliah, sebaliknya cuba dapatkan maklumat di medium yang lebih bertauliah.

“Tentang tanggapan orang luar, saya tak boleh nak cakap apa. Cuma saya harap mereka lebih percayakan media utama berbanding penulis yang tidak bertauliah.

 

“Kebanyakan blogger yang tidak bertauliah mereka hanya ingin dapatkan populariti. Jangan jadi mangsa provokasi sesetengah blogger. Mereka sendiri tidak bertanya apa-apa pada tuan punya badan, jadi jangan mudah terpengaruh.

 

“Sebaliknya cuba ikut arus pedana yang betul seperti media-media tempatan yang ada,” jelasnya lagi.

Ada benar kata Ahmad Idham, mungkin ini satu pengajaran buat dirinya dan kita juga supaya selepas ini lebih berhati-hati menekan sebarang link yang diberi.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "