Semalam pelakon lelaki yang terkenal dengan sifat romantiknya bersama isteri, Aeril Zafrel telah memuat naik satu gambar di akaun instagram miliknya.

Gambar itu menunjukkan sebuah objek pelik dan menerusi kapsyen pada gambar ini, Aeril telah mengatakan ianya adalah sihir.

“Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat pwtc… .
apalah niat sebenarnya???

Astaghfirullah… .

 

Bulan ramadhan pun nak buat mcm ni..bkn booth kat kl je booth kami kat johor pun sama,staf jumpa benda yg sama… .

 

zaman skg ade lg org percaya benda2 ni??da bwk pegi jumpa pakar dlm bidang ni..ternyata benda ni sihir!!

 

Cukup2 la…percaya pada rezeki masing2 ✌️✌️✌️ Hasbunallahhu wani’malwaqil ni’malmaula wani’malnaseer… #iknowwhouare,” tulis kapsyennya.

Aeril Zafrel Dakwa Perniagaan Kena Sihir

Rata-rata pengikut Aeril di akaun instagramnya telah meninggalkan komen yang marah akan perbuatan terkutuk itu.

IKLAN

bizzybee_onlinebizboutique: bulan puasa pun ada org sanggup buat camni?! memang x patut… walaupun hari2 biasa. Astaghafirullahhiladzim.

akbar7honda: @aeril_zafrel sabarlah. Namanya Manusia yg tidak pernah senang dengan kesenangan orang lain. Yg hatinya sudah hitam meski Syaitan sudah dibelenggu namun ada ‘syaitan’ dalam hatinya. Istigfar

rohanisharifdaud: Biasa lah manusia tak senang tenguk orang senang.

IKLAN

eyzaericza: Manusia sekarang banyak yang busuk hati, hati dah hitam sangat..

lina_aziz2: Dieorg ni cari rezeki dgn cara buat sihir utk jatuhkan org lain…rezeki x halal tu.

IKLAN

Sesungguhnya perbuatan sihir itu adalah satu perkara syirik yang dilarang di dalam Islam dan semoga Aeril sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.

Sumber: Aeril Zafrel

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI