Baru sahaja dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan menunjukan isyarat lucah, kali ini Aeril Zafrel telah memuatnaik status baru di Instagramnya kerana mendakwa telah ditipu oleh seseorang yang bergelar Datuk.

Aeril Zafrel Dakwa Ditipu RM100,000 Oleh ‘Datuk’

Menerusi entri terbaru yang dikongsi, dia bersama isterinya, Wawa Zainal telah membuat laporan polis setelah ditipu sebanyak RM100, 000 sejak Mac lalu.

*ulangsiar (1)* DITIPU RM100K OLEH DATUK HOT PERFUME. . Sesiapa yang mengetahui orang dalam gambar ini yang bernama DATO AHMAD SHAZALI BIN ZAHIDI atau mengenali WARIS beliau, sila maklumkan kepada mereka yang saya mencarinya dan kepada yang mempunyai maklumat boleh DM saya atau hubungi manager saya (AMAN) 017 3066332. . Sesudah berbagai usaha dan saluran digunakan secara berhemah dan berhikmah tetapi beliau terus ‘melarikan diri’ dan berdiam diri serta enggan memberi respon bila dihubungi untuk bertemu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan 19 bulan. . Barangkali ini cara terakhir yang saya ada setelah setahun lebih bersabar dengan berbagai alasan dan karenah beliau serta tempoh pengangguhan sudahpun berakhir. Akhirnya beliau ‘hilangkan diri’ hingga sukar dijejaki meskipun oleh anak2nya sendiri. Pelik. Tapi saya serahkan urusan itu pada ALLAH dan saya berikhtiar untuk menuntut hak saya dan isteri. Bukan dengan niat mahu memalukannya tapi beliau lah yang telah memalukan diri sendiri. . Kepada Dato, isteri atau warisnya, saya sekadar mengingatkan sebagaimana tuntunan agama setelah semua jalan penyelesaian tertutup: . . . “…..dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada ALLAH ; ALLAH mengajarmu ; dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. Al-Baqarah : 282). . . Semoga sebenar2 taufiq hidayah ALLAH buat kalian. Sesungguhnya tidak pula saya merasakan berat ujian hidup ini tapi kalianlah kelak yang akan menanggung bebannya. . “Berhati-hatilah kalian dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (alBaihaqy)

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Ahli perniagaan tersebut dikatakan mengusahakan perniagaan wangian telah menawarkan mereka untuk melancarkan jenama minyak wangi sendiri. Namun sehingga kini tidak ada produk tersebut.    

IKLAN

Dikatakan, Datuk tersebut juga telah menghilangkan diri sehingga sukar dijejaki meskipun oleh anak-anaknya sendiri.

Aeril meminta kepada sesiapa yang mengenali Datuk tersebut ataupun waris beliau untuk memaklumkan kepadanya.

IKLAN

Pelakon Patah Sebelah Sayap itu juga berkata berbagai usaha dan saluran digunakan secara berhemah dan berhikmah tetapi Datuk tersebut terus ‘melarikan diri’ dan berdiam diri serta enggan memberi respon bila dihubungi untuk bertemu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan selama 19 bulan.

Bagaimanapun, Aeril juga berkata tidak berniat memalukan secara umum, tetapi ini cara terakhir yang dia ada setelah setahun lebih bersabar dengan berbagai alasan dan karenahnya. 

IKLAN

Kini, dia dan isteri hanya berserah kepada Tuhan dan dia berikhtiar untuk menuntut haknya dan isteri.

Aeril Zafrel Dakwa Ditipu RM100,000 Oleh ‘Datuk’

“Kepada Datuk, isteri atau warisnya, saya sekadar mengingatkan sebagaimana tuntunan agama setelah semua jalan penyelesaian tertutup,” ujarnya dengan memberi sepotong ayat surah Al-Baqarah mengenai hutang.

 

“…..dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada ALLAH ; ALLAH mengajarmu ; dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. Al-Baqarah : 282).”

Dia dan isteri juga mengakui kesal dengan insiden tersebut dan kini lebih berhati-hati dalam memilih rakan kongsi perniagaan akibat sudah ‘fobia’ ditipu lagi.

Sumber : Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI