Select Page
  • 2.3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.3K
    Shares

Isu sebutan Inggeris semasa menyanyi lagu dalam bahasa tersebut sebenarnya sudah acap kali diperkatakan.

Ada juga yang mempertikaikan kelancaran mengutarakan ayat bahasa Inggeris tersebut memandangkan artis luar negara juga kadang-kadang tak menyebutnya dengan lancar.

Setelah sekian lama isu tersebut ‘senyap’, tiba-tiba semalam ia mula diperkatakan kembali.

Kisahnya, penyanyi, Adibah Noor telah menegur penyanyi baru yang meningkat naik, Haqiem Rusli mengenai nyanyian ‘Englishnya’ dalam lagu Jatuh Bangun.

“Dear adik Haqiem Rusli, Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu, beat ‘catchy’, suara pun sedap. Sesuai untuk citarasa muzik terkini.

“Cuma part English tu…apekemendenyelaaa yang adik sebut tu? Terima kasih. Love, Aunty Diba,” tulisnya di laman Twitter.

Ternyata, ‘tweet’ tersebut turut mendapat perhatian penyanyi tersebut dan memberikan jawapan balas kepada Adibah.

“Ok, terharu! Thank you by the way. Hai Aunty. Gini liriknya….’coz all I want this time, to know your mind, and I want you to know that I’m’,” balas Haqiem.

Susulan itu, Adibah turut membalas jawapan Haqiem itu.

“Ya, Aunty tahu itu liriknya. Masalah Haqiem menyebutnya tu. Lain kali minta ada orang ‘guide’ okay,” nasihatnya.

Wow! MH puji sikap Haqiem yang boleh menerima teguran penyanyi senior apabila dikritik mengenai nyanyiannya. Apa-apapun, yang penting kita semua harus memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. All the best Haqiem!

Foto: Twitter & Instagram Adibah Noor, Haqiem Rusli

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: