Pelakon lelaki yang popular menerusi filem dan drama Juvana, Adam Shah menafikan dakwaan yang mengatakan isterinya, Fatin Afifah yang juga merupakan seorang pelakon telah memfailkan permohonan cerai.

“Ia adalah fitnah yang tidak masuk akal dan mengarut. Saya dan isteri masih bersama dan bahagia bersama anak-anak,” katanya.

Adam Shah Nafi Cerai Isteri

Adam menceritakan situasi sebenar yang berlaku, dia mengatakan bahawa sekarang ini mereka dalam proses berpindah rumah jadi mereka terpaksa duduk berasingan atas sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya kami tinggal berasingan bukan kerana tidak lagi bersama tetapi dalam proses untuk berpindah rumah. Saya sudah menukar persekolahan anak-anak yang berdekatan dengan rumah dan keluarga mertua.

 

“Bagaimanapun, ketika mahu berpindah sebelum Ramadan lalu, saya mengalami masalah apabila kontrak rumah yang kami tinggal sekarang belum tamat. Ia menyebabkan isteri terpaksa tinggal di rumah keluarganya, manakala saya berulang alik menziarahi isteri apabila tiada sesi penggambaran,” katanya.

Lebih menguatkan cerita yang tular itu adalah apabila Fatin telah memadam gambar mereka berdua di akaun instagramnya.

IKLAN

Adam menjelaskan bahawa dia tidak berkecil hati dengan tindakan isterinya kerana itu sudah menjadi kebiasaan kepada isterinya untuk memadam gambar yang dirasakan sudah tidak perlu lagi di instagram.

Adam Shah Nafi Cerai Isteri

IKLAN

“Saya tidak pernah berkecil hati kerana saya faham benar dengan perangainya. Dia akan memadam gambar yang dirasakan sudah tidak perlu di Instagram. Lagipun dia ada dua akaun Instagram,” katanya.

Beritahunya lagi, dia seperti mengetahui gerangan si penyebar berita tidak sahih ini.

IKLAN

“Jujur saya tidak akan memaafkannya kerana tergamak menyebar fitnah dan memporak-perandakan rumah tangga saya sedangkan saya hanya bergurau ketika itu.

 

“Hanya dia seorang saja yang saya bercerita hal ini. Saya tak sangka dia sanggup berbuat demikian sehingga tergamak untuk masuk campur hal rumah tangga keluarga mertua, anak dan isteri,” katanya.

Sabar ya Adam, mungkin ini dugaan buat Adam dan isteri. Apa yang penting keluarga Adam masih lagi bahagia di samping anak-anak.

Sumber: Harian Metro

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI