Alahai romantik sungguh pelawak dan pelakon, Achey yang baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Yang Terindah khas buat isteri, Nor Hasanah Yahaya.

Pasti sebagai seorang isteri, akan berasa sangat terharu apabila disanjung tinggi oleh kekasih hati yang bergelar suami.

Achey Dan Isteri Pernah Tinggal Di Bengkel Kerana Susah

Menurut satu sumber, Achey memberitahu dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan lagu tersebut.

Katanya lagi, lagu ini dicipta sebagai hadiah hari jadi buat isterinya yang ke-27 pada bulan April yang lalu dan lagu ini berkisarkan kisah suka duka yang mereka lalui sepanjang enam tahun bergelar suami isteri.

IKLAN

Achey Dan Isteri Pernah Tinggal Di Bengkel Kerana Susah

“Saya tidak malu mengaku, dahulu kami hidup susah dan pernah tinggal di bengkel ketika saya bekerja sebagai mekanik.

 

“Apa yang menyentuh hati saya, isteri saya tidak pernah merungut dan dia ada beritahu yang dia sanggup jual air bersama-sama jika suatu hari saya tidak ada kerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Achey Dan Isteri Pernah Tinggal Di Bengkel Kerana Susah

Achey berkata lagi, tidak salah untuk menyampaikan isi hatinya terhadap isteri tercinta menerusi lagu kerana ianya akan menjadi lebih bermakna.

IKLAN

“Isteri saya boleh dengar berkali-kali walau di mana jua dia berada,” ujarnya lagi.

Menerusi akaun Instagram milik Achey, dia ada berkongsi single pertamanya ini dan rata-rata peminat memuji lagu tersebut diselangi dengan kelunakan suara Achey.

zyraqaleesya: Congrats @acheykintangkintung .. sapa yg dgr smbl menghayati lirik.. boleh mengalir air mata..

IKLAN

chibie_v: Setiap saat meremang bulu tgok abey @harry_khalifah like ??

haikalyusri_: Boleh mengalir air mata dengar ni lagu

cikpuan_eda: Sedapnya suara.. merdu n mendayu je lagunya. Tahniah

Sumber: Astro Gempak & Instagram Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI