Abby Abadi berjaya membuat kejutan ulang tahun kelahiran buat suami Muhammad Faizal Zakaria atau lebih mesra disapa Jai.

Jai yang genap 43 tahun semalam, kelihatan sangat terharu kerana isterinya menyediakan hadiah hari jadi berupa sebuah scooter.

Pada masa yang sama, menerusi akaun instagramnya, Jai turut meluahkan ucapan terima kasih kepada isterinya serta ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak buah yang sudah berjaya mengadakan kejutan itu.

Terima Kasih Sayang @abby_abadi112 tak sangka langsung nak bagi hadiah ni. Terharu sangat-sangat. Tak terkata terkata.

 

“Terima Kasih, Moga Allah berkati dan rahmati hidup sayang dunia akhirat. Love You,” tulisnya.

Dalam masa yang sama juga, Abby turut berkongsi momen indah tersebut di Instagram miliknya dengan kapsyen,

“ Supriseeeee untuk suami,10 August 2017. Alhamdullillah.Berjaya juga walaupun plan ala-ala manja.Sambut pun dekat rumah je.”

 

“Berjaya buat suami happy dan merah mata dia.Yeayyyyy!!!”

Akaun Abby Abbadi juga mula dibanjiri dengan ucapan sempena ulang tahun Jai. Rata-rata netizen memuji sifat romantis pasangan itu serta mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Selain itu, Abby turut memuatnaik video bersempena ulang tahun suaminya. Di dalam video tersebut anak sulung Abby, Muhammad Danish Hakim turut memberikan ucapan terima kasih kepada ayah tirinya yang telah menjaga Abby dan adik-adiknya dengan baik.

IKLAN

“ Terima kasih sebab jaga mama, adik-adik, opah dan atuk. Segala-galanyalah abang ucapkan terima kasih.”

Netizen mengakui tersentuh dengan ucapan Danish yang cukup menyentuh hati itu. Mereka juga berdoa  semoga kebahagiaan milik Abby dan suami berdua dibawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta semoga kekal sampai Jannah.

 

IKLAN

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

 

MH kongsikan gambar di sekitar kejutan ulang tahun suami Abby.

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

IKLAN

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

Abby Abadi Hadiahkan Suami Sebuah Scooter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI