Isnin lalu pelakon lelaki popular, Aaron Aziz telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengalami kebakaran minggu lalu sehingga meragut 23 nyawa.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya. Tulisnya di ruangan kapsyen, hasil kutipan derma ‘Projek derma kilat Aaronatorsfc’ telah selamat dilaksanakan dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“ALHAMDULILLAH!! Amanah #projekdermakilataaronatorsfc sudah Selamat dilaksanakan. Thank you so much kpd semua yg telah memberi sumbangan, Dari S’pura pun Ada.

 

“Semoga usaha kami ini diterima ALLAH dan menjadi Saham buat Kita di Akhirat nanti. Thank you to my beloved @aaronatorsfc and my beloved CMs. Not forgetting my wife @diyanahalik.

 

“We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami #darulquranittifaqiyah,” tulis kapsyennya.

Sumbangan sebanyak RM8260 telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada pihak pusat tahfiz tersebut.

Rata-rata pengikut Aaron di Instagram bangga dengan sikap murni Aaron yang mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu pusat tahfiz dengan memberikan derma mengikut ikhlas hati masing-masing.

IKLAN

emyerica11: Alhamdullillah ..semoga dimurahkn rezeki ..

ifah_ariff: proud of u @aarondwiaziz . keep it up, bro

ummisakinah1: Alhamdulillah. Thank you for being such a good muslim?

IKLAN

hasanah3551: Terbaik moga allah murhkan rezeki aaron aziz skluarga

muhd_fahmi_.__: Syabas AA begerak pantas utk membantu

IKLAN

wanndah61: Alhamdulillah smga stiasa d berkati penderma dn penerima…Aamiin

Murni sungguh hati Aaron yang sanggup mengumpul derma bagi membantu saudara seagama untuk terus bangkit daripada dugaan yang menimpa dan berjuang demi agama.

Semoga dengan dengan bantuan yang diberikan kepada pusat tahfiz tersebut dapat sedikit sebanyak membantu mereka untuk membaik pulih bangunan yang terbakar itu. Diharapkan juga segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI