Selepas pelakon kanak-kanak Puteri Balqis dikritik gara-gara pakaiannya dikatakan seksi, kini giliran anak kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana pula mendapat perhatian.

Semua mengetahui bahawa Aaisyah antara anak selebriti yang paling popular dan sering mencuri perhatian ramai.

Ini kerana anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan sahaja wajahnya yang comel tetapi fesyen beliau yang sentiasa up to date itu menarik perhatian.

Namun baru-baru ini, Che Ta ada memuatnaik gambar Aaisyah sedang santai di tepi kolam renang dengan berpakaian mandi bersama sepupunya.

Aaisyah Dhia Rana ‘Berbikini’ Ditegur Netizen

Aksi Aaishah sememangnya mendapat perhatian kerana pakaian mandinya yang seksi menarik netizen melemparkan pelbagai komen di ruangan komen.

IKLAN

Tindakan berkongsi foto berkenaan menimbulkan rasa risau netizen khususnya terhadap keselamatan Aaisyah.

Umum mengetahui sekarang memang banyak kanak-kanak menjadi mangsa pedophilia.

Aaisyah Dhia Rana ‘Berbikini’ Ditegur Netizen

Namun, tidak semua yang berfikiran sebegitu. Ada juga segelintir netizen yang memuji Aaisyah menggayakan baju renang berwarna biru cair tersebut.

IKLAN

Aaisyah Dhia Rana ‘Berbikini’ Ditegur Netizen

Aaisyah Dhia Rana ‘Berbikini’ Ditegur Netizen

Rozita pula sebagai ibu pastinya mementingkan imej anaknya yang ingin dilihat cantik dan menawan.

IKLAN

Apa-apa pun imej yang hendak ditampilkan, Che Ta harus bersedia untuk menerima pujian dan kritikan orang ramai.

Populariti memang membawa tuah buat si kecil ini, namun apa yang tidak seronok apabila hal-hal remeh sebeginipun hendak dijadikan isu.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI