Sekarang ini ramai selebriti yang suka berkongsi telatah anak-anak mereka di laman sosial dan ianya menghiburkan netizen sehinggakan ada segelintir daripada anak selebriti yang semakin popular dan diminati ramai.

Kebanyakan anak-anak ini dilihat petah bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mari kita lihat antara anak-anak selebriti yang pandai Speaking English.

Arrian (Anak Tomok)

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

 

Lara Alana (Anak Awal dan Scha)

 

Amarra Sofea Rose (Anak Azad Jazmin dan Eira Syazira)

IKLAN

 

Ratu & Cleopatra (Anak Que Haidar)

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

 

Ryan Sky (Anak Ning Baizura)

IKLAN

 

Bella (Anak Stacy)

A post shared by Beyya&Eshaal (@beyshal) on

 

Tristan & Isabella (Anak Serina Redzuawan)

IKLAN

 

Seronok mendengar anak-anak comel ini bercakap dalam Bahasa Inggeris. Jom kita ketahui beberapa tips untuk anak pandai Bahasa Inggeris.

1. Berikan anak-anak pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.

2. Anak-anak perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.

3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.

4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.

5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.

Sumber: Instagram & Pa&Ma

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI