Semakin hari semakain ramai penyanyi baru lahir dalam industri seni tanah air seperti cendawan tumbuh.

Ada yang lahir dari rancangan realiti, media sosial dan banyak lagi. Mereka juga dilihat lebih mendapat tempat dengan di hati masyarakat kerana mungkin lagu dan genre yang disampaikan oleh mereka lebih serasi dengan jiwa pendengar zaman ini.

Tak dapat dinafikan kemunculan penyanyi-penyanyi baru ini semakin mewarnai industri seni dan membuatkan orang ramai menghargai muzik.

Jom MH nak kongsikan dengan anda, 6 penyanyi remja popular sepanjang tahun 2017.

1. Aiman Tino

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

Aiman Tino mula dikenali dan diminati menerusi lagu Ku Rela Dibenci dan sejak itu ramai yang mengikuti perkembangan penyanyi ini lebih-lebih lagi gadis remaja. Aiman juga pernah menjadi salah seorang peserta finalis di Anugerah Juara Lagu 31.

 

2. Tajul Arif

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

IKLAN

Penyanyi ini merupakan adik kepada arwah vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik. Namanya mula meningkat naik dalam industri menerusi lagu Sedalam-dalam rindu.

 

3. Wany Hasrita

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

Pemilik suara yang lunak dan merdu, Wany Hasrita nampaknya semakin diminati ramai setelah lagunya yang bertajuk Menahan Rindu menjadi OST pada sebuah drama bersiri beberapa bulan lalu. Ditambah pula dengan keayuan dan kesopanannya membuatkan ramai jejaka-jejaka di luar sana mengimpikan gadis sepertinya untuk dijadikan sebagai teman hidup.

IKLAN

 

4. Ara AF

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

Nama Ara mula dikenali selepas dia menyertai pertandingan nyanyian dalam program realiti, Akademi Fantasia 2016. Baru-baru ini Ara juga telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis untuk Anugerah Juara Lagu 32.

 

IKLAN

5. Haqiem Rusli

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

Penyanyi ini memiliki bakat nyanyian yang sangat besar dan mula menempatkan diri dalam industri seni tanah air melalui rancangan realiti Idola Kecil dan seterusnya Mentor Millenia.

 

6. Khai Bahar

6 Penyanyi Remaja Popular Tahun 2017

Nama penyanyi ini mula menjadi sebutan apabila dia viral di media sosial selepas menyanyi di aplikasi Smule. Sejak dari itu Khai Bahar mula mendapat tempat di hati peminat dan lagu-lagu yang dinyanyikannya juga sering menjadi siulan ramai.

https://youtu.be/VIKfegSMEfs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI