Kini ‘maternity shoot’ sudah menjadi trend kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan cahaya mata.

Tidak ketinggalan, pelakon lelaki, Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir juga turut mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi penggambaran sebelum isterinya melahirkan anak sulung mereka.

Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh Deena, sesi penggambaran telah dijalankan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.

Tercuit hati apabila melihat gambar yang menunjukkan aksi-aksi comel pasangan yang bakal bergelar ibu dan bapa ini.

Jom kita lihat foto yang telah dikongsikan di akaun instagram milik Deena.

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

IKLAN

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

6 Gambar Comel Maternity Shoot Saharul & Isteri

Pasangan suami isteri ini sedang menghitung hari untuk menanti saat kelahiran bayi mereka dalam masa terdekat ini.

IKLAN

Menurut sumber dari sebuah portal hiburan, Saharul dan Deena telah mengambil keputusan untuk enggan mengetahui jantina bayi mereka kerena ingin menjadikan kelahiran bayi ini sebagai satu kejutan buat mereka berdua.

Tidak kira apa jua jantina bayi mereka, Kami di MH Online mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan sehingga saat kelahiran nanti. 

Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim telah selamat diijab kabulkan pada 16 September 2016 hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. 

IKLAN

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Di majlis pernikahan mereka, Saharul telah menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

 Sumber: Instagram Deena Emir  

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI