Konsert Datuk Sheila Majid; Tiket Paling Mahal RM888 Habis Dijual 

Sejak diumumkan tentang konsert Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid bulan lalu, keterujaan peminat untuk mendapatkan tiket ke konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 begitu hangat sehingga dua kategori tiket (RM888 dan RM388) telah habis dijual.

Menurut penganjur, IME Malaysia, jualan tiket untuk Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017, yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Negara, telah menerima sambutan yang begitu membanggakan, berikutan para peminat yang begitu merindukan kemunculan semula idola ini. 

Pengarah Urusan IME Malaysia, Howard Kong memaklumkan bahawa inilah kali pertama kerjasama ini terjalin dengan artis Malaysia.

“Kami berharap dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman kami dalam penganjuran konsert-konsert artis luar sebelum ini untuk persembahan kali ini,” katanya. 

Beliau juga menambah bahawa konsert ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong industri muzik tempatan, malah juga untuk menyumbang kepada senario muzik tempatan yang semakin berkembang. 

IKLAN

“Kami mencari peluang untuk menempatkan satu hala tuju konsert dan mencipta ruang kerjasama dengan artis-artis tempatan pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Peminat pastinya dapat menjangkakan persembahan yang menakjubkan kerana mengintegrasikan sistem audio bernilai jutaan ringgit dan disertai dengan 100 tenaga profesional, pemuzik terhandal antarabangsa dengan pimpinan seorang Pengarah Muzik yang cukup sinonim iaitu Mac Chew. 

“May Music Keep Us Together”,  itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh Sheila, oleh itu, nantikan barisan lagu-lagunya, merentasi koleksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik, sehinggalah hasil karya dalam album terbaru.

 

IKLAN

50 Keping Tiket Konsert Datuk Sheila Majid Untuk Dimenangi

IKLAN

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 akan dibawakan oleh MD Wellness, dengan sokongan rakan penaja rasmi yang lain seperti Taiwan Halal Festival yang dibawakan oleh Institut Kajian Pembangunan Komersil Taiwan atau Commerce Development Research Institute Taiwan (sebagai penaja Berlian), Hoya (Rakan Penjagaan Mata Rasmi), Anlene (Rakan Rasmi) , Weconnect (Applikasi Mobile Rasmi), dan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur (Hotel Rasmi).

Festival Halal Taiwan, yang akan mengetengahkan 17 pengeluar halal terbaik negara tersebut, merangkumi produk kosmetik, makanan, produk kesihatan dan banyak lagi, diadakan serentak di lokasi konsert bermula pukul 5 petang. 

Ini merupakan platform yang baik untuk pengunjung konsert merasai sendiri produk-produk halal dari Taiwan selain melibatkan diri dalam permainan interaktif dan memenangi hadiah-hadiah menarik sebelum bermulanya konsert nanti. 

Sementara itu, khas untuk pembaca MH Online, sebanyak 50 keping tiket konsert ini akan diberikan secara percuma.  (2 pemenang x tiket RM98) 

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu nyatakan tiga lagu nyanyian Sheila yang cukup anda gemari dan lengkapkan slogan;

 
Saya mahu menonton Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 kerana…. (tidak lebih dari 20 patah perkataan).  

Hantarkan jawapan anda ke editor.media@karangkraf.com sebelum 14 Julai 2017.  

Berikut informasi mengenai konsert.  

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017. 
Tarikh:5 Ogos  2017

Masa:8pm

Tempat:Stadium Negara Indoor Stadium

Tiket :

Premium RM888 (habis dijual) 
VVIP RM688
VIP RM488
CAT 1 RM388 (habis dijual)
CAT 2 RM288
CAT 3 RM188
CAT 4 RM98

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI