Select Page
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Semalam, MH berkesempatan untuk menghadiri sebuah Majlis Pratonton Filem Televisyen, Lahzeye Bi Payan atau Janji Zehan  bertempat di GSC Signature Midvalley, Kuala Lumpur.

Filem tersebut merupakan nashkah terbaru arahan sutradara hebat, Bernard Chauly dan Zebrina Fernandez bakal bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai esok.

Sesuai dengan bulan ‘cinta’ cerita ini mengenai Zehan (Nur Fazura) dan Arman (Amir Rezazadeh) yang baru berkahwin dan sedang berbulan madu di negara kelahiran suaminya di Iran. Pelbagai isu dan konflik berlaku dalam tempoh bulan madu mereka itu menunjukkan bahawa dunia perkahwinan ini bukanlah indah yang disangka.

Dapatkah Arman dan Zehan mengharungi masalah tersebut? MH syorkan mereka yang sukakan cerita versi romantik untuk menghayati filem ini.

1.Cerita cinta unik antara dua negara

Selalu kita lihat perkahwinan antara budaya ini akan melibatkan sama ada orang Eropah atau Asia. Oleh itu, pada MH bila dapat lihat sesuatu yang berbeza membuatkan orang akan tertarik untuk menontonnya.

Selain itu, MH yakin ramai yang tidak tahu mengenai orang Iran atau budaya mereka, bila kita tonton filem Janji Zehan ini barulah MH tahu serba sedikit adat dan budaya mereka.

Contohnya, gaya makan mereka disana yang tidak berkuah berbanding dengan Malaysia yang sentiasa nak ‘banjir’ pinggan.

2.Buat rasa nak pergi ke Iran

Keseluruhan penggambaran filem televisyen ini dijalankan di Iran dan mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Negara Iran dan Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia.

Apa yang boleh MH katakan bila menonton panorama indah yang disajikan dalam filem tersebut membuatkan MH rasa ingin menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Lebih menyeronokkan apabila setiap tempat tersebut mempunyai sejarah-sejarah yang tersendiri seperti di Masjid Nasir Ol Molk yang terletak di Shiraz serta Kota Persepolis dan banyak lagi tempat lain.

3.Sinematografi terbaik

MH tak pernah kecewa setiap kali melihat hasil karya Bernard kerana ia memang amat mengagumkan. Tengok sajalah filem-filem beliau seperti ini seperti Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Istanbul Aku Datang.

Ada beberapa ‘scene’ yang di’shoot’ cantik seperti sewaktu watak Zehan sedang menangis kerana terdapat sedikit masalah di Malaysia membuatkan MH dapat menyelami emosi yang dipaparkan ketika itu.

4. Mesej sampai

Keseluruhan filem televisyen ini adalah berkisarkan cinta selepas kahwin. Bezanya adalah di mana ia memaparkan bahawa selepas berkahwin itu tak semestinya perkahwinan itu indah belaka.

Lihat sahaja Arman dan Zehan yang sudah ‘bergaduh’ semasa berbulan madu. Namun yang penting adalah mesej dalam filem ini disampaikan dengan baik kepada penonton.

5. Lakonan mantap Fazura dan Amir

Fazura sendiri merupakan nama besar dalam industri lakonan dan tidak pernah mengecewakan dalam menjayakan setiap watak yang dibawakannnya manakala Amir yang merupakan pendatang baru dalam lakonan juga sangat bijak membawakan watakknya.

Bagi MH sendiri, lakonan mereka memang nampak ‘real’, keserasian mereka sebagai pasangan suami isteri memang nampak ‘sweet’. Di samping itu, MH sangat memuji cerita ini kerana tiada babak berpegangan tangan atau pelukan untuk nampak seperti suami isteri.

Hanya perlu lirikan mata dan lenggok badan sudah memadai, itu pun sudah boleh membuatkan penonton senyum sampai ke telinga.

Keseluruhan penggambaran Janji Zehan ini diadakan di 43 lokasi utama di sekitar Iran terutamannya di Shiraz dan Yard serta mengambil masa 12 hari.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: