Wahh pertama kali melihat wajah ibu kepada pelakon wanita popular, Emma Maembong iaitu Janet kami terus terkesima dengan kecantikan yang dimilikinya.

Sekali pandang raut wajahnya di zaman muda dahulu terlihat iras wajah Emma ketika ini.

Tidak dapat dinafikan kecantikan yang Emma warisi daripada ibunya memang bisa membuatkan mata-mata yang melihat dirinya terpegun.

Jom kita lihat gambar ibu Emma di zaman mudanya.

5 Foto Ibu Emma Maembong Yang Cantik Jelita

5 Foto Ibu Emma Maembong Yang Cantik Jelita

IKLAN

5 Foto Ibu Emma Maembong Yang Cantik Jelita

5 Foto Ibu Emma Maembong Yang Cantik Jelita

5 Foto Ibu Emma Maembong Yang Cantik Jelita

IKLAN

Dah tengok gambar ibu Emma kan, jadi jom kita ketahui sedikit info tentang diri Emma.

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, dilahirkan pada 27 Mac 1992. Emma merupakan anak ke-9 daripada 11 orang adik beradik dan dia juga mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland.

Mungkin ramai yang tidak tahu daripada mana datangnya nama Maembong di belakang nama kormesial yang digunakan Emma. Untuk pengetahuan semua, nama Maembong itu sebenarnya adalah gabungan nama ayahnya iaitu Ismail Embong.

IKLAN

Bercerita soal kerjayanya sebagai anak seni, nama Emma mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima pada tahun 2012.

Bermula daripada drama tersebut nama Emma mula melonjak naik disebabkan lakonannya yang mendapat pujian daripada penonton.

Emma juga pernah memenangi Anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun 2016 malah namanya juga turut banyak dicalonkan dalam anugerah-anugerah yang berprestij.

Sumber: tidakkalah.blogspot.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI