Bukan sahaja berbakat dan popular dalam bidang nyayian dan lakonan, tetapi siapa sangka kelancaran mereka dalam mengalun bacaan al-Quran adalah di luar jangkaan. Begitu lunak tatkala mengalunkan bacaan kitab suci tersebut. Mereka di antaranya Dian Sastrowardoyo, Irwansyah, Dewi Persik,Raisa dan Cut Tari.

1.Dian Sastrowardoyo

Dian Sastrowardoyo mula meraih populariti melalui filem Pasir Berbisik pada tahun 2001. Suara pelakon ini sangat merdu dan membuat ramai netizen terpukau dan memberikan pujian. Bukan hanya cantik, bintang utama Ada Apa dengan Cinta ini juga sangat fasih membaca al-Quran.Dia membacakan surah Al Baqarah ayat 8-20.

2. Irwansyah

IKLAN

Pelakon berusia 32 tahun ini terkenal dengan rupa parasnya yang kacak selain berbakat dalam bidang lakonan.Hero filem Heart ini sering mengaji ayat suci al-Quran. Beberapa kali, video mengajinya dimuatnaik di media sosial peribadi. Tak hairanlah ramai yang mengetahui bahawa suara Irwansyah sangat merdu ketika mengaji. Irwansyah juga merupakan suami kepada pelakon cantik, Zaskia Sungkar.

3.Dewi Persik

IKLAN

Dewi Persik, bukan hanya terkenal dengan kemahiran beraksi dengan menari dangdut, malah dia juga pandai mengaji. Kemerduannya mengaji sama seperti dia menyanyi di atas pentas.Selain itu, sebelum terkenal, wanita ini sempat mengaji di sebuah sekolah agama. 

4.Cut Tari

IKLAN

Wanita berdarah Aceh ini juga pandai mengaji walaupun pernah terpalit dengan kontroversi setelah penyebaran video porno dengan penyanyi kacak, Ariel, Noah. Memiliki suara merdu dan kerap menyertai pertandingan al-Quran di kampungnya. Kedua ibu bapa Cut Tari ini juga sudah memberikan pendidikan agama seckupnya.

5.Raisa

Penyanyi cantik ini, Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana juga bergabung dengan beberapa artis Indonesia lain dalam Qur’an Indonesia Project. Dalam projek tersebut Raisa mengalunkan dua surah al-Quran yang cukup popular, iaitu Surah Al Baqarah ayat 255 (ayat kursi) dan An-Nas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI