Semalam berita tentang isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim atau lebih mesra dengan panggilan Mawar telah disahkan oleh doktor pakar, Dr Hamid Arshat.

Beberapa jam yang lalu, Fizo juga turut mengesahkan berita kehamilan isterinya dan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah lama mereka nantikan saat gembira ini.

Fizo telah berkongsi luahannya di ruang status akaun facebook miliknya berserta video.

“Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan.setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT. Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2bulan (may 2017).Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA..ameen YRA..”

Dalam video tersebut, Dr Hamid Arshat telah mengucapkan tahniah kepada mawar kerana telah berjaya hamil.

IKLAN

“Tahniah, Mawar telah berjaya hamil dan sekarang ini masih dalam penjagaan rapi di klinik pakar kita.

 

Tambah doktor itu lagi, ” tahniah pada Fizo dan Mawar, semoga kandungannya terus berkembang, pertumbuhan yang normal dan selamat sehingga melahirkan zuriat yang kita nanti-nantikan.”

Perkongsian Fizo ini telah mendapat limpahan komen daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah dan kata-kata doa buat pasangan ini. Di bawah adalah antara ucapan yang ditinggalkan di ruangan komen untuk Fizo dan Mawar.

Rinawati Wati: Tahniah alhamdulilah

Shafiza Jinal: rezeki dari Allah…tahniah…

IKLAN

Norisah Jahaya: Tahniah. Moga Allah mahbulkan doa yg baik ini. InsyaAllah.

Zackir Hussain Madon: Tahniah Fizwar. (Fizo Mawar), semoga dianugerahkan anak yg soleh/solehah.

Norhanim Muhammad: Alhamdulillah.. happy for both of u.. smoga dipermudahkan urusan sehingga melahirkan

IKLAN

Kami juga dari MH Online ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga Mawar dan kandungannya sihat serta dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber › Facebook Fizo Omar

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. 

Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI