Sebagai selebriti, nama komersial sangat memainkan peranan penting.
Bagaimanapun ada juga yang selesa menggunakan nama sebenar atau memilih nama singkatan agar mudah disebut seterusnya ‘melekat’ di bibir peminat.
Pada masa sama, ada juga selebriti yang menggunakan nama samaran atau komersial yang jauh ‘bunyinya’ dengan nama sebenar masing-masing.
Terpulang kepada individu, nah MH bariskan antara nama sebenar selebriti pilihan, mana satu yang korang belum tahu lagi nama sebenar mereka?
Aiman Tino – Mohammad Aiman Yusri
Wany Hasrita – Nurshazwany Hasrita Hasbullah
Hun Haqeem – Haqeem Hermy
Datuk Seri Vida – Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman
Beego – Mohamad Aszerul Nizam Abdullah
Ayda Jebat – Nur Suhada Jebat
Fattah Amin – Abdul Fattah Mohd Amin
Hannah Delisha – Hannah Adlina Blackburne Birchshe
Jep Sepahtu – Mohd Nadzri Zainal Abidin
Ara Johari – Nurfarrah Izzatie Johari
Syafiq Kyle – Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak
Uqasha Senrose – Nik Zaris Uqasha Nik Sen
Remy Ishak – Mohammad Zalimei Ishak
Nelydia Senrose – Nik Zaris Nelydia Nik Sen
Khai Bahar – Muhamad Khairul Baharudin
Sherry Ibrahim – Syarizad Haji Ibrahim
Daler Yusuf – Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad
Elly Mazlein – Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
Zul Ariffin – Zulkifli Ariffin
Aina Abdul – Nurul Aina Abdul Ghani
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Anak Kecik Bukan Alasan Rumah Semak Samun Macam Tongkang Pecah,” – Syatilla Melvin
Pelakon, Syatilla Mevin memaklumkan bahawa dia dan suami, Shaheizy Sam gemar melakukan aktiviti dekorasi rumah bersama-sama.
Kongsi Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia dan Sam juga ada melakukan perubahan dekorasi di ruangan bilik tidur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
Pada masa sama, pelakon berusia 29 tahun ini juga berkata, tiada alasan untuk tidak mengemas rumah meski memiliki anak kecil.
“Kami laki bini memang gila deco rumah!ada anak kecik bukan alasan rumah semak samun mcm tongkang pecah!
“Sapa tau ig shop bekenaan brg rumah yg best2 boleh mention kt bawah!
“Ni hasil berkurung kt rumah, master bedroom semua dh jadi warna lain, perabot2 lama semua gone!
“Siapa kaki deco rumah lagi?? ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on
Lantas, rata-rata peminat memuji sikap ringan tulang Syatilla yang melakukan aktiviti bermanfaat bersama suami.
Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 10 bulan.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Kenal Huruf Pada Usia 42 Tahun, Ameng Spring Syukur Masih Ada Peluang Dalami Ilmu Al-Quran
Vokalis kumpulan Spring, Ameng mengakui dirinya berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu Al-Quran meskipun dalam usia yang agak lewat.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, saat pertama kali hatinya terdetik untuk mendalami ilmu Al-Quran, ketika dia telah pun berusia 42 tahun.
Barmula saat itu, Ameng dikatakan telah memasang Azam untuk menjadikan Al-Quran sebagai salah satu rutin kehidupannya.
“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-hurus Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al Quran,” tulisnya.
Berkongsi cerita di laman Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Hati ini menyifatkan sekiranya dia boleh menghafal pelbagai jenis lagu, mengapa dia tidak cuba untuk menghafal ayat suci Al-Quran.
“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu, tak kan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad. InshaAllah setiap niat baik kita, kalau kita bersungguh sungguh. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ameng turut mengajak orang ramai untuk turut sama mempelajari ilmu Al-Quran bersamanya di saluran Youtube miliknya.
“Pada anda yang ingin belajar dan mengaji bersama saya, boleh subscribe ke laman Youtube saya AmengSpring Official. Boleh klik link kat Bio saya.
“Semoga segala amalan kita diterimaNya. Jadikan Al- Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan sikap tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ameng.
Sumber: Instagram Ameng Spring
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Tu Daddy Dia Koyak, Hari Ni Emosi I Koyak Rabak Hancur Berderai,” – Nad Zainal Kongsi Situasi Pilu Anak Diserang Asma
Pelakon, Naz Zainal meluahkan rasa ebak apabila anaknya, Fahd Ibrahim terpaksa ditahan di wad selelas diserang asma.
Kejadian tersebut berlaku apabila Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin tiba di Malaysia semalam selepas bercuti ke Jepun selama beberapa hari.
Nad menerusi akaun Instagramnya memberitahu dia tidak menyangka dengan apa yang terjadi.
View this post on InstagramA post shared by NZ (@nad.zainal) on
“Im sorry sayang….Kami ingat kami yang rindukan awak.. Kami di sana ingat awak tak peduli kami tak ada dengan awak..
“Yem mesti ok je kita tak ada, asal dia pergi school atau berjalan dia tak ingat kita dah.. kita je ingat dia…,” tulisnya.
Bagaimanapun, ternyata sangkaan tersebut meleset.
“Rupanya….Atok Nenek cerita dia pegang baju mummy dia peluk sebut mummy.. and dance depan tv sebut mummy daddy..
View this post on InstagramA post shared by NZ (@nad.zainal) on
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI