Select Page

Wah nampaknya ibu yang baru sahaja habis pantang ini semakin berseri-seri dengan kehadiran Anggrek Adenan dalam hidupnya.

Sempat bertanya khabar, MH Online tidak melepaskan peluang untuk mengetahui perkembangannya yang terkini.

“Saya akui selepas habis pantang saya memang agak diam sebentar kerana ingin benar-benar fokus pada cahaya mata pertama saya.

“Namun itu tidak bermaksud saya tinggalkan terus kerjaya saya. InsyaALLAH, selepas ini saya akan mula aktif kembali dalam industri seperti biasa dan besar kemungkinan akan mengeluarkan single terbaru. Tetapi semua itu masih dalam perancangan dan belum official lagi untuk reveal,” katanya kepada MH Online.

Tambahnya, dia tiada masalah untuk menghadiri mana-mana persembahan, cuma selepas ini dia perlu lebih berhati-hati dalam memilih lokasi kerana kini punyai tanggungjawab yang harus diutamakan.

Menurutnya, kehadiran Anggrek tidak mengubah apa-apa pada dirinya, sebaliknya lebih mematangkan dirinya dalam segala hal.

Lumrah ibu yang baru pertama kali mendapat anak, mereka pasti teruja untuk membeli belah pakaian buat si jantung hati terutamanya di musim perayaan, Adira akui memang dia juga lakukan pekara yang sama tetapi kebanyakan baju yang dibeli adalah baju yang selesa dan sesuai buat anaknya yang baru berusia 3 bulan.

Tidak terkecuali bertanyakan tentang raya, Adira memberitahu kali ini dia akan beraya di Sabah.

Sungguhpun teruja dan tidak sabar untuk membawa Anggrek pulang ke kampung namun perasaannya bercampur baur kerana kali inilah kali pertama dia membawa anaknya masuk ke dalam pesawat.

“Ya memang teruja, tetapi dia bercampur campur juga perasaan ini. Ada masa saya rasa gembira dan ada masa juga saya ada sedikit perasaan bimbang.

“Mana tidaknya, inilah kali pertama saya bawa dia keluar dan berjumpa dengan orangg ramai. Malah, saya juga terfikir bagaimanalah nanti keadaan Anggrek, adakah dia akan menangis sekuat hati ataupun sebaliknya,”terang Adira.

Akui tidak punyai tema warna kerana tidak suka kelihatan boria, Adira lebih selesa memilih warna yang boleh dipadankan dengan warna baju raya anaknya.

Comments

error: