Amboi, bukan main lagi pasangan yang sedang hangat bercinta ni ya. Selepas Shahir lebih terbuka berbicara soal hubungannya bersama Erra Fazira, kini nampaknya kedua-dua pasangan ini mula berikan ‘hint’ pada peminat dengan berpakaian sedondon semasa menghadiri sebuah majlis berbuka puasa beberapa hari lalu.

Kelihatan sama manis dan sama cantik bila berpakaian baju melayu dan kurung moden rona hijau gelap.

Apa yang mencuri perhatian netizen apabila pasangan tersebut kelihatan tersipu malu sesama sendiri apabila gambar mereka ditangkap.

Rata-rata para netizen memuji pasangan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

IKLAN

Shahir & Erra Dah Berani Pakai Sedondon

Terdahulu Shahir pernah mengeluarkan kenyataan mula rapat bersama Erra dalam tiga tahun yang lalu dan tidak pernah terfikir untuk letakkan jangka masa dalam perhubungan mereka.

IKLAN

Malah Shahir jelaskan untuk fasa seterusnya dia hanya mengikut apa yang akan berlaku dan selebihnya hanya berserah pada ketentuanNya.

Dalam Majlis yang sama turut kelihatan Penyanyi dan pelakon Dia Semanis Honey, Siti Nordiana.

IKLAN

Shahir & Erra Dah Berani Pakai Sedondon

MH Online cuba merisik apakah yang berlaku di sebalik pertemuaan itu namun Siti Nordiana enggan member sebarang kenyataan kerana tidak mahu dikaitkan bersama dua selebriti tersebut.

Katanya, dia hanya hadir ke majlis tersebut untuk melakukan tugasa dan hanya focus pada anak-anak yatim.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI