Penyanyi dan pelakon, Mark Adam atau nama islamnya Fikri Mark Adam Abdullah mengakui dia tidak pernah tertekan dengan soalan tentang anak.

Untuk pengetahuan semua, usia perkahwinan Mark dan isterinya sudah mencecah 14 tahun namun mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

14 Tahun Kahwin, Mark Adam Masih Belum Ada Anak

“Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

“Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja,” katanya.

Mark berkata lagi bahawa dia dan isterinya sangat menyukai kanak-kanak namun apakan daya rezekinya untuk mendapat cahaya mata sendiri masih belum tiba dan dia menyerahkan segalanya kepada tuhan.

14 Tahun Kahwin, Mark Adam Masih Belum Ada Anak

IKLAN

“Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah,” katanya lagi.

14 Tahun Kahwin, Mark Adam Masih Belum Ada Anak

Tak kira cepat atau lambat Insya-ALLAH kami dari MH Online mendoakan agar pasangan ini dikurnikan cahaya mata seperti pasangan suami isteri yang lain.

14 Tahun Kahwin, Mark Adam Masih Belum Ada Anak

IKLAN

Sedikit info tentang Mark Adam,

Nama Mark sebelum menganut agama Islam ialah Marcus Adam Echivarre dan telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979. Beliau berasal daripada Cebu, Filipina dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula menjadi terkenal di negara ini.

IKLAN

Walaupun Mark kini sudah menetap di Malaysia, namun dia tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telah berkahwin dengan isterinya yang berasal dari Malaysia.

Sumber: Astro Gempak

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI