Konsert 2017 Seventeen 1st World Tour ‘Diamond Egde’in Kuala Lumpur sudah pun melabuhkan tirainya semalam, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Bagi peminat (carats) yang menghadirinya tentu tidak dapat melupakan kesemua 13 ahli grup tersebut yang memberikan persembahan akan kekal menjadi memori terindah buat mereka.

Ditambah lagi, ini merupakan kemunculan kali pertama grup tersebut di Malaysia.

Dianggarkan hampir 10,000 orang telah menghadiri konsert tersebut untuk melihat kumpulan kegemaran mereka yang terdiri daripada S.coups, Jeonghan, Joshua, Wonwoo, Hoshi, Jun, Woozi, Mingyu, The 8, DK, Seungkwan, Vernon dan Dino.

10 Perkara Menarik Konsert Seventeen in KL

10 Perkara Menarik Konsert Seventeen in KL

10 Perkara Menarik Konsert Seventeen in KL

IKLAN

Terdapat 10 perkara menarik yang berlaku di konsert tersebut.

1.Sebelum konsert bermula, peminat beramai-ramai menyanyikan lagu ‘Don’t Wanna Cry’ iaitu lagu terbaru kumpulan tersebut.

2.Seventeen memperkenalkan diri dengan bertutur bahasa Melayu iaitu ‘apa khabar’ manakala ‘China- line’ The 8 dan Jun bertutur bahasa Mandarin dan Vernon serta Joshua berturut bahasa Inggeris.

3.Sepanjang dua jam setengah konsert berlangsung, para peminat tidak henti-henti menyanyi bersama ahli grup serta membuat ‘fan chant’.

IKLAN

4.Semasa lagu ‘Mansae’semua peminat sama-sama mengangkat tangan ke atas untuk korus lagu tersebut.

5.Bagi peminat yang di rock zone berpeluang untuk berada begitu dekat dengan grup tersebut malah kelihatan beberapa interaksi apabila ahli kumpulan tersebut melambai-lambai peminat.

6.Mingyu, Vernon, Dino turut memberikan ‘fan-service’kepada peminat apabila mereka menari semasa memberikan ucapan pada peminat.

IKLAN

7.Tarian lagu ‘My I’ yang unik membuatkan peminat terpukau.

8.Kesemua sub-grup (persembahan, vocal dan rap) membuat persembahan yang penuh bertenaga pada malam itu.

9.Semasa ucapan akhir grup tersebut, Joshua dan Seungkwan kelihatan begitu tersentuh dengan ‘suprise event’yang dibuat oleh para peminat.

10.Seventeen berjanji akan datang semula ke Malaysia kelak untuk bertemu dengan Carats kesayangan mereka.

Grup tersebut menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Mansae’ ‘Boom Boom’ , ‘Don’t Wanna Cry’, ‘Very Nice’ dan ‘Pretty U’.

Teks oleh: Nurul Khaleeda Rashikin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI